Selasa, 3 November 2015

Udang Goreng Kari

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Udang goreng kari yang sangat marveles..suka makan tp tersangat malas nk kopek buang kulitnya. Anak yang bongsu memang suka sangat mkn udang tak kira lah apa jenis udang.





Udang Kari Kering
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

bahan-bahan :

bahan A :
  • 10 ekor udang XL (dibersihkan)
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam

bahan B : 
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 inci halia (dicincang)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
  • 1 sudu kecil biji sawi
  • sedikit serbuk cili - optional
  • garam 
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sudu kecil gula perang atau gula pasir
Cara-cara :
  1. Gaul-gaulkan bahan A. Goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Untuk bahan B : tumis bawang besar, bawang putih, halia dan biji sawi hingga naik bau. Kemudian masukkan daun kari, bancuhan serbuk kari dan serbuk cili. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Tambahkan sedikit air jika perlu. Kemudian perasakan dengan garam dan gula. 
  4. Akhir sekali barulah dimasukkan udang goreng tadi. Gaul-gaulkan sebati. Tutupkan api. Angkat dan hidangkan

7 ulasan:

Jueliza Jamani berkata...

uihh sedap ni.. tambah2 kari udang.. mkn dgn nasi dagang.. mabeles...

zila norazila berkata...

Akk klu bli udg x jd lauk..hbis diratah je cikda

Pokok Manggis Depan Rumah berkata...

Sedapnya. Boleh nak cuba juga masak udang kari.

Jobdirumah Buat Duit berkata...

Memang dok cari resepi nak masak udang. Jumpa yang ni nak cuba jugalah.

OhPanduan berkata...

Memang kena udang masak kari. Sedap nampak.

iryanty ahamad berkata...

ratah sedap ni.

Atie Yusof berkata...

alahai..sedappnya lah..peberet anak makan udang..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...