Selasa, 17 Mei 2016

Sambutan Hari Guru 2016: A go go

Assalamualaikum w.b.t
Semalam dah selamat berlangsungnya sambutan Hari Guru Semekar. Rasanya ni baru tahun pertama disambut pada tanggal 16 Mei...kalu tidak bln 6 atau bln 7 baru disambut sebab tak nk ganggu pelajar exam. Tapi tahun dengan Pengetua yg baru...dia minta kosongkan tarikh ini daripada sebarang exam untuk memeriahkan sambutan tahun ni.

Tema tahun ni...Retro 60an dan 70an. Pada mulanya agak susah nk mencari baju untuk tujuan retro ni. Tambah perut dah pun makin membesar. Beli baju besar dan skrit petak2 jea.


Bila hari kejadian...cikgu cikgi memang tampil dengan gaya masing2. Memang seronok habis. Pelajar pula turut sama membuat persembahan dengan pelbagai lagu versi a go go. Memang kelas rasanya. Gimik pula dengan sebiji vespa dan juga basikal tua yg ditunggang oleh Pengetua sendiri.


Cikgu2 laki pun bermake up habis untuk pegang watak Sarip Dol Kampung Dusun.


Cikgu2 perempuan pantang bergambar...sedar tak sedar pukul 2 baru boleh makan sebab masing2 dan kebulur dah. Lagipun turut diadakan jamuan potluck untuk guru2. Pelbagai juadah dibawa oleh guru2.


Nmpk kembang semangkuk dah body. Tudung datang berbelit di sekolah nk timbulkan aura 60 dan 70an.


Back drop masing2 sakan bergambar..masing2 jelas hilang rasa stress seketika dengan gelak ketawa pelbagai gaya. Persembahan guru juga turut happing dengan lagu retro disco dancer...di tepi pantai..dan juga lakonan Cikgu Saari dan Cikgu Norkiah dalam cerita Masam Masam Manis.


Tu dio berselfi sendiri..spek pun cover 2 tkt xnmpk..besar spek ni..sapu kat Maidin jea..rm10..
Blk2 rumah memang kepenatan semuanya.
Pukul 5 plak diadakan jamuan Hi tea dengan menu steamboat dengan makan sampai kenyang tanpa limit di Abang Strawberi...first time datang sini..serius semua sedap..

Oklah muga berjumpa lagi dengan sambutan hari guru untuk tahun depan. Tu pun kalau masih di Semekar.

7 ulasan:

Atie Yusof berkata...

wahhh.. meriah betul sambutan tu sis..
betul2 ala retro.. segak, menawan & bergaya semuanya.. hehe

norhidana miswan berkata...

meriah nya kak.... cikgu2 pun spoting2

Kayu Manis berkata...

Meriahnya sambutan hari dh skrg ada tema2 plk ye..kreatif semuanya...

Anyway happy teachers day bt cheq da...semoga perjuangan sbgi guru diberkati Allah

cheq da berkata...

Mmg meriah

cheq da berkata...

Cikgu2 cni mmg sporting hbs dana...suka tau

cheq da berkata...

Tq kak nor

Norhayati Mohd Isa berkata...

Havoc betul dgn pakaian retro ni..
Sungguh sporting lah pengetua tu..
Hilang stress kan :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...