Khamis, 27 Disember 2012

kelas menghias kek 2012

Salam dan selamat sejahtera semua...apa khabar?Alhamdulillah cheq da masih mempunyai cerita untuk dikongsikan dlm blog yg tak seberapa ni...al kisah malam ni adalah mengenai kelas menghias kek yang cheq da sertai pd 22hb 11 yang lepas.Kelas ni cheq da pi bersama2 dgn anak buah yang juga turut meminati hiasan kek ni...pi sana rupa2nya ramai juga orang yg mengikutinya maklumlah bayaran pun tak la mahal mana tp kelas ni hanyalah demo sahaja..seronok jgk bila dk tgk orang menghias kek ni tp bila rasa nak buat macam depa rasanya tak berjadi..he3..chef yang dijemput adalah chef dari Vietnam..dua2 nya lelaki chef Hau dan Chef Bhou...macam rupa dia buat..masa tgk 2 macam senang jea tapi bila cuba buat tak menjadi mana..he3..apa yang seronoknya masuk kelas ni dapat plak percuma 10 biji nozel cap ayam yang datang dari Vietnam dan juga sekotak fresh cream gold label coz jenama ni yang bayar mereka datang ke sini...pengalaman cheq da seronok coz dapat melihat benda2 yang kita minat kan...anak plak tinggal kat rumah,ma yang jaga..maklumlah tgk bayaran agak murah kan rasa rugi plak kalu tak join sementara masa ada.


jurucakap coz chef ni tak tahu berbahasa melayu sbb buat bukan main cepat jea

teka2 punya teka rupanya buah nenas...hiasan untuk kek 3D

sibuk merakam gambar...cheq da duk jauh sangat malas nak bangun

5 buah kek yang telah siap dihias

katanya kek kat Vietnam mesti penuhkan papan kek untuk nampak meriah


nama la muat nak tulis kalu penuh cam ni kan...

beberapa ekor angsa...tgk boleh...boleh????sure tak boleh..

yang ni plak lagi susah...peralatan pun macam2 kena ada...

simple tapi tetap menarik


Antara kelima2 kek ni plak...tukang kedai ambik yang ada gambar patung...manakala 4 buah lagi diadakan cabutan bertuah...tapi cam biasa la cheq da tak pernah bertuah..pe2 sangat seronok mengikut kelas selama 2 jam ni...kalau ada peluang cheq da nak join lagi...

Khamis, 20 Disember 2012

Coklat Oreo upin dan ipin

Assalamualaikum...nampa k  nafas untuk berblog masih lagi ada...alhamdulillah...hari ni hari kedua berada di ch,niat di hati nak mengemas rumah mana yang patut sebelum sibuk dengan sesi persekolahan nanti...anak plak dibuai tidur kerana selesa dengan kesejukkan di sini...oklah hari ni plak cheq da nak berkongsikan plak resepi coklat oreo yang dibuat semasa di kampung...apa lagi ni adalah permintaan anak2 buah..yang nak suruh buat itu dan ini...resepi asalnya adalah melalui blog masam manis...mula tgk coklatnya memang teruja nak membuatnya tapi cari punya cari mould coklat macam kak ita 2 tak ada kat kedai bakery yang selalu cheq da pergi...disebabkan kebetulan ada tempahan cupcakes semasa di kampung tempoh hari (n3 akan diupdate kemudian) cheq da telah ke kedai bakery yang lain plak untuk membeli barang2 di situ...pusing plak satu kedai dan terjumpa plak yang mould ada stik dan tak perlu stik...maka cheq angkut la dan terus buat di rumah coz barang2 dah sedia menanti di rumah...apabila dah siap memang teruja kanak2 riang termasuk la si eisya sampai makan pun mulut habis comot dengan coklat...k la membebel lebih2 nak guna juga kt zessssssssssssss yea....



Coklat oreo bentuk biasa



Berbentuk lalalipop...kelihatan comot tak sempat kemas dah ramai menunggu nak nap....

COKLAT OREO
By : Kak Azlita...masam manis

300 gm coklat susu kompaun
1 bungkus biskut oreo
Edible Imej secukupnya.

Coklat susu kompoun di racik halus
Cairan coklat susu kompaun secara double boiler
Bila dah cair angkat,
Masukkan coklat dalam piping bag

Paipkan coklat yang telah di cairkan dalam acuan 1/3 sahaja
Kemudia ketuk-ketukkan acuan  atau hentak-hentakkan acuan supaya semua gelembung udara keluar

Selepas itu, susunkan biskut oreo. dan masukkan plak baki untuk menutupinya..sejukkan dan letakkan edibe image yang disukai...

Nota: Maklumat penuh ada di blog masam manis...siap ada cara sekali begitu juga dengan cara menyediakan coklat oreo lalalipop








Rabu, 19 Disember 2012

My First Rainbow Kek..

Salam semua...apa khabar?salam bersiaran kembali...hari ni merupakan hari yang cukup bangga bagi  cheq da kerana semua pelajar yang cheq da ajar lulus dalam peperiksaan pmr..walaupun sebulan sebelum peperiksaan cheq da tidak dapat bersama2 mereka tetapi berkat ajaran mereka semua berjaya...tahniah juga kepada semua yang berjaya...k la hari ni cheq da nak berkongsi rainbow kek yang cheq da buat untuk makan2...alhamdullillah rasa kek ni sangat sedap dan ramai yang puji termasuk mak saudara yang merasainya...tambahan plak mereka minta buat lagi...he3..resepinya cheq da ambil dari my resepi..sangat mudah dan senang..cuma tang warnanya cheq da belasah jea tak ikut rainbow pun..colour p enam sahaja maklumlah kat kampung bahan2 bakery tak ada sangat...kla kita kongsi k...deconya plak letak nama batrisyia tp anak2 buah yang lain plak berkongsi bergambar depan kek 2...he3...zessssssss kt layan..

cantik tak???deco guna fresh cream kena cepat kalu tempat tak de air cond



isi lapisan di dalam kek

hampir nak habis dimakan anak2 buah...


Resepinya:

Bahan-bahan ( Satu Kek Bulat ) oleh: syufa

  • 2 cawan Tepung naik sendiri (self-rising flour)
  • 1 1/2 cawan gula pasir dikisar halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)-cheq da 4 biji gred A
  • 250gm butter
  • 550gm buttercream readymade (beli kat kedai jual bahan buat kek)-guna fresh cream
  • Pewarna (kuning,biru,hijau,ungu,merah,oren)
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 cawan susu pekat + air, sukatan air tak kisah byk mana sbb untuk kurgkan kepekatan susu (untuk moist & lembutkan kek)
  • Sprinkle Star/Beads sebagai hiasan pada cream kek

Cara-cara

  1. Pukul butter dengan gula yang telah dikisar halus selama 15 minit sehingga kembang.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam adunan yang sedang dipukul tadi.
  3. Masukkan esen vanilla. Dan diikuti dengan tepung naik sendiri dan pukul lagi hingga adunan sekata. Masukkan juga susu + air.
  4. Setelah adunan sekata, asingkan adunan ke dalam enam mangkuk yang berlainan / mengikut bilangan warna yang diingini. Campurkan pewarna ke dalam adunan yang telah diasingkan mengikut warna masing-masing. Gaul hingga warna rata.
  5. Setelah habis menggaul untuk semua warna, masukkan adunan ke dalam loyang untuk dibakar.
  6. Adunan hendaklah dibakar selama 15 minit pada suhu 140°c. Apabila adunan telah masak, sejukkan terlebih dahulu.
  7. Buttercream perlu dipukul sehingga kembang sebelum disalut pada kek. Antara lapisan kek perlu disapu sedikit buttercream supaya lapisan kek melekat antara satu sama lain.
  8. Salut kek yang telah dilapis antara satu sama lain tadi, hingga rata dan hias mengikut kreativiti anda. 
     
     
    Untuk para peminat cheq da cadangkan guna la resepi...memang menjadi dan sedap....

Selasa, 4 Disember 2012

majlis cukur jambul...

Assalamualaikum...bersiaran kembali cheq da dalam blog ni setelah agak lama menyepi...n3 pun banyak yang tertangguh...hari ni plak dah 81 tempoh berpantang...okla hari ni cheq da nak berkongsi majlis cukur jambul anak cheq da,,,tp hanyalah menu makanan sahaja yang sempat snap yang lain tak dan nak snap coz sibuk melayan itu dan ni...kt share menunya k...kateringnya adalah hasil gabungan bonda n mak saudara tercinta...terima kasih untuk semua....

yang ni nama nasi carrot sentuhan mak saudara tp nasi putih pun ada

yg ni plak sayur campur dan ikan goreng masam yg direbus terlebih dahulu

ayam goreng berempah yang menjadi menu wajib...18 ekor jgk ayamnya..

acar timun batang serta goreng kicap udang

sambal belacan ala2 siam mari..

gulai daging 25 kilo...habis licin tinggal bekas last2nya

yang ni minuman untuk para tetamu--sunquik fresh oren

yg ni sebagai desset--sira kundur yg dibuat oleh bonda tercinta

jemput2 malas

kuah kacang untuk dimakan dengan jemput2 tadi

last sekali gambar luqman haziq yang dah selamat botak...



Ahad, 11 November 2012

Sedapnya caramel cheese puding...

  Salam bertemu kembali...apa khabar semua?pi jalan2 mana2 ke @ balik ke kampung halaman?...maklumlah cuti sekolah dah pun bermula...bagi negeri kelantan plak berderat lah cuti sempena dengan keputeraan Sultan kelantan iaitu Sultan Muhammad V...tapi hari ni cheq da bukan nak mengulas panjang pasal cuti ni..cuma nak berkongsi resepi caramel cheese puding yang telah dibuat...nak tahu apa rasanya???rasanya sungguhlah WAALAA...best sangat..ni rasanya boleh gemuk balik kalau tak control makan...puding lagi sedap kalu di makan sejuk2..tp cheq da pantang lagi...makan cam 2 jea la...buat mengisi masa lapang kat rumah ni memandangkan tak de buat apa...tambah2 plak ma dan anak buah nak makan 2 yang buat...resepi p cheq da rasa cheq da dapatkan dari my resepi...tp lupa plak dari siapa cuma sempat ambik resepinya sahaja...k layan...

Caramel cheese pudding
Dari:My resepi
Bahan2 (4 orang)
Caramel
70g gula
2 sudu kecil air
2 sudu besar air suam

Pudding
180g cream cheese
70g gula pasir
1 biji telur kuning
3 biji telur
450g susu segar
1 sudu besar jus lemon

Cara-cara
1. Sediakan caramel: panaskan gula dengan 2 sudu kecil air sehingga perang. Kemudian masukkan 2 sudu besar air suam. Tuangkan ke dalam Loyang yang sesuai.
2. Pukul cream cheese dgn gula sehingga sebati. Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan telur lain sebiji demi sebiji sambil dipukul sehingga sebati(tak perlu kembang)
3. Panaskan susu sehingga hamper mendidih. Kemudian tuang ke dalam no.2 tadi.kacau sebati.
4.Tuangkan adunan pudding ke dalam Loyang yang ada caramel tadi.
5.Alaskan Loyang dengan bekas lain yang berisi air. Bakar dengan suhu 160 celcius selama 40-45 minit
6. sejukkan sebelum dihidang.

Sabtu, 3 November 2012

Dekorasi Yang lalu...

 
Alang2 dah mengadap blog ni,elok masukkan n3 yang terlepas pandang kan...he3..anak pun duk tido sambil2 cheq da masukkan prestasi murid dalam SPPBS, elok rasanya cheq da berblog2 kan...kali ni plak cheq da nak masukkan gambar kek yang dah lepas cheq da buat tapi lupa plak nak post kan n3 nya kat cni...bila tgk balik gambar2 lama ada lagi saki baki gambar tersebut...kek ni ditempah oleh kawan2 sedikit masa dahulu sedikit sebanyak meninggalkan kenangan buat cheq da dalam mendecorasi kek walaupun tak cantik cam orang lain...kita belajar dari kesilapan dan perbaiki mana yang ada..InsyaAllah peningkatannya akan menampakkan hasilnya...kt zoom yea...
 

cotton cheesecake order dari k.ha untuk adik lelakinya di kelantan

ni plak strawberi cheesecake


yang ni plak order daripada cikgu amutha sempena birthday suaminya yang ke-39
 
Semuanya menjadi kenangan yang terindah buat cheq da dan minat ni akan diteruskan dengan menambahkan skill dalam membuat pelbagai jenis kek lagi...InsyaAllah...

Jumaat, 2 November 2012

Tahniah Buat Su Yik

 
Bersua kembali kita dalam dunia alam maya ni..hari ni tak ada resepi yang cheq da nak kongsikan cuma cheq da ingin mengucapkan tahniah kepada satu2nya adik lelaki cheq da iaitu Mohd Faridz kerana telah berjaya dalam  Sarjananya setelah 3 tahun duk study2 sampai pening2 kepala...hari konvonya pun telah selamat diterimanya pada 22haribulan oktober yang lalu...namun sedikit kkecewa kerana cheq da satu family tidak dapat bersama-samanya di hari konvo tersebut kerana masalah kesibukkan yang tidak dielakkan..cheq da plak tidak habis pantang lagi iaitu 35 hari semasa tarikh konvonya...walaupun apa pun kami sekeluarga mengucapkan tahniah dan InsyaAllah akan memberikan dorongan dan semangat untuk su yik terus berjaya dalam PHD nya nanti....
semoga su yik berjaya dalam hidupnya ...bahagia di hari konvonya walaupun family tidak dapat menemainya

Rabu, 24 Oktober 2012

My baby..Luqman Haziq


Alhamdulillah..baru rasa berkesempatan nak upload gambar baby baru cheq da...gambar pun yang ada kat tangan cheq da pun limited jea coz banyak diambil dengan hp suami..hp cheq da cap ayam jea..he3 jadi kalu ambik gambar pun kabur aje...k la layan la dulu yang mana ada k...
di saat baru lahir dari perutku...baru 4 jam dilahirkan

selepas beberapa hari..muka pun dah berubah...


dengan kakaknya dan sepupu..kakak aisyah

Selasa, 2 Oktober 2012

Alhamdulillah...

 
Alhamdulillah syukur kepada ilahi atas kurniaanNya....
Lama sangat rasanya blog ni tak update...bukan apa 31 ogos lepas cheq da selamat pulang ke kampung 
untuk menunggu kelahiran orang baru dalam hidup cheq da dan suami...jadi blog ni tidak dibuka sampai la ke hari ni...memandangkan hari ni dah cukup 18 hari cheq da dalam tempoh berpantang...semua alhamdulillah berjalan dengan lancar...cheq da selamat melahirkan LUQMAN HAZIQ pada 14 september 2012 jam 
5.10 petang selepas lewat due 6 hari...hari ni plak kelantan lawan terengganu dan pasukan the red worrior ni menang besar...duk dalam labour room pun siap dengar lagi sorokan penyokong kelantan...
K la gambar baby akan cheq da upload kemudian k...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...