Selasa, 17 April 2012

Homemade popcorn....puaskan hati...

Hari ini cheq da nak berkongsi resepi popcorn yang cheq da duk buat bagi family makan2...maklumlah nak menonton tv mulut pun mula la buat senaman...jadi bila buat popcorn cheq da puas hati sangat coz beli jea jagung kering rm2 dapat plak berbekas2 popcorn....kalah yang dijual kat kedai...nampak mereka-mereka yang jual popcorn ni untung besar la yea...teringat juga cheq da masa kechik2 dulu...pi pasar jumaat...nak beli  popcorn ni sampai kena beratur coz jurujualnya plak seorang jea...masa 2 seingat cheq da harganya rm0.50 sebungkus...tgk masa dia duk buat popcorn 2 macam la susah sangat coz nak buat 2 mesti kena guna periuk n mesin khususnya...rupa2nya bila dh jumpa resepi...senang bangat jea..guna periuk biasa p boleh...



Aneka PopCorn Buat Sendiri
oleh: aludra  (my resepi)

Bahan-bahan ( Ikut suka.. )

  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar minyak masak
  • jagung kering secukupnya
  • garam secukup rasa
  • Tambah Karamel [Optional]
  • 1 sudu mentega/margerin
  • 3 -5 sudu besar gula pasir (ikut suka/byk mana pop corn yg ada)
  • Tambah Coklat [Optional]
  • 60 - 80 gram coklat bar (ikut suka/byk mana pop corn yang ada)

Cara-cara

  1. Panaskan mentega dan minyak dalam periuk. Api tu pulak, mula2 guna api kuat untuk panas kan minyak& butter dalam 2 minit lepas turun kan api sedikit.
  2. Masukkan jagung menutupi dasar periuk. Tuang jagung rata dan sama paras dgn minyak & butter yg dah cair tadi. Tutup periuk tadi.
  3. Tunggu beberapa minit, anda akan dengar bunyi "pop".."pop" dgn rancak. Bila bunyi dah berhenti, cepat2 keluarkan pop corn. Pop Corn boleh dapat penuh satu periuk..
  4. Taburkan garam secukupnye..(kalau nak buat karamel tak payah tabur garam)
  5. Untuk Karamel [Optional]
  6. Cairkan mentega dengan gula hingga cair dan bertukar warna coklat. Matikan api dan masukkan popcorn dan gaul sekata cepat2. Hati2 sebab karamel tu panas boleh melecur kalau kena tangan yea.
  7. Untuk Coklat [Optional]
  8. Cairkan coklat guna double boiler. Tutup api dan gaulkan dgn pop corn yg dah disalut karamel. So ni jadi caramel popcorn bersalut coklat.

3 ulasan:

  1. waduh.. waduh... boleh lah bawak gi masuk panggung nanti ya..:)

    BalasPadam
  2. waduh.. waduh... boleh lah bawak gi masuk panggung nanti ya..:)

    BalasPadam
  3. he3..setakat ni tak pernah masuk panggung lagi...kalu bwk rugi la peniaga di sana...

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...