Selasa, 8 Mei 2012

HOKAIDO CUPCAKES...betul2 sedap

Assalamualaikum.........
 Memandangkan dah lama tak update blog,maka banyak la n3 yang tertangguh,hari ni jgk cheq da nak share hokaido cupcakes yang cheq da 2 minggu lepas...bila tgk blog kawan2 yg buat cupcakes naka tergerak la hati nk mencubanya...ttp memang tak menghampakan sbb cupcakes ni betul2 lembut dan sedap...


HOKAIDO CUPCAKES
sumber:blog kawan2

4 biji kuning telur
30 gm gula caster
1 sudu kecil esen vanila
40 ml susu segar
40 ml minyak canola ~ minyak makan pun boleh
55 gm tepung cake
20 gm tepung kastard
1 sudu kecil baking powder

4 biji putih telur
1/4 sudu kecil garam
80 gm gula caster

Panaskan oven pada suhu 170 C
Satukan tepung, tepung kastard dan baking powder. Kemudian di ayak 3 kali
Pukul kuning telur dan gula menggunakan whisk aje
Tambahkan vanila, susu dan minyak dan pukul rata.
Masukkan bahan yang telah di ayak tadi dan gaul rata

Dalam bekas lain 
Pukul putih telur dan garam hingga berbuih
Tambahkan 80 gm gula sedikit sedikit dan terus memukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan kental

Ambil 1/3 adunan putih telur dan masukkan dalam adunan tepung.
Gaul rata dgn menggunakan kaedah kaup balik
Kemudian masukkan baki adunan dan gaul hingga sempurna dengan kaedah yang sama

Tuangkan adunan dalam bekas cupcakes
Hentakkan sedikit bekas utk mengurangkan gelembung udara pada kek

Masukkan dalam oven dan bakar selama 25-30 minit
Keluarkan dari oven bila kek masak
Bila kek sudah sejuk, bolehlah paipkan filling kedalamnya dengan menggunakan pipping bag.

CREAM CUSTARD
by : Honey

1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur 
 1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 



4 ulasan:

zila 4ever berkata...

kita x mencuba lg kek nie..klu dh masak mcm turun ckit ke kuih nie..tp gebu la..:P

ogyep yummy mellow berkata...

Memang sedap HOKAIDO cupcakes ni... ogyep dah lama x buat..

cheq da berkata...

zila:kalu tak cuba mesti cuba..lembut sangat keknya..mula2 bakar dia naik cantik tp bila sejuk turun cikit tp masih sedap dan gebusss...

cheq da berkata...

ogyep selalu express sbb 2 nak lama buat...cheq da kena tgk time jgk..he3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...