Jumaat, 18 Mei 2012

Kurma Ayam...

Apa khabar semua???nampaknya di hari Jumaat ni boleh la berehat panjang..esok plak hujung minggu..jadi sekarang dah boleh pk la apa nak masak untuk family esok kan....Hari ni cheq da nak berkongsi resepi kurma ayam yang memang jarang2 cheq da,bukan apa family cheq da kurang makan makanan yang bersantan2 ni...tapi tiba2 terasa nak makan,terus kena buat la...nanti cian plak anak dalam perut...mengidam..he3..kla mungkin dah selalu masukkan n3 kek, ubah selera cikit hari ni...he3..pe2 layan...


  

 KURMA AYAM

Bahan-bahan ( 5-6 orang makan )

  • 1/2 ekor ayam-potong kecil&bersihkan
  • 5 sudu/b serbuk kurma-bancuh dgn air
  • *2 ulas bawang putih&2 ulas bawang kecil-racik
  • *Kulit kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih&buah pelaga
  • Santan 1/2 biji
  • 2 biji kentang-potong 4
  • 1 biji tomato-potong 4(cheq da tak letak)
  • 2 biji bawang besar-potong 4
  • 2 biji lada merah-buang biji(tak letak)
  • Sedikit Air&garam secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan periuk dgn sedikit minyak.Tumis bahan2 betanda * sehingga naik bau.
  2. Masukkan serbuk kurma yg telah dibancuh dgn air.
  3. Masukkan kentang agar cepat empuk.Masukkan sedikit air.
  4. Masukkan santan dan juga air kalau kuah agak pekat.Masukkan sedikit garam.Biar mendidih,masukkan kesemua ayam.
  5. Setelah ayam masak,masukkan tomato,bawang besar&lada merah.
  6. Hiaskan dgn daun sup sesudah disenduk ke dalam mangkuk.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...