Selasa, 19 Jun 2012

My dear Batrisyia dah 2 tahun...

Selamat malam...hai nampaknya baru boleh bernafas setelah selesai menyiapkan order kek dari kak noli..katanya esok hari jadi anaknya dan minta cheq da buatkan doll cake...terasa penat tak terkira rasa...nampaknya order akan dihentikan buat sementara kerana kemalasan ketara cheq da...

Okla sebenarnya malam ni cheq da nak berkongsi gambar kek yang cheq da buatkan untuk puteri sulung cheq da,Batrisyia sempena sambutannya yang ke-2...he3 dah besar anak cheq da setelah 3 tahun menanti...kini cheq da sedang menunggu kelahiran baby cheq da yang ke2..InsyaAllah dalam bulan September nanti...sebenarnya kek yang cheq da ni adalah untuk kawan2 di sekolah makan2 sempena potluck perpisahan guru yang bertukar,jadi cheq da buatkan terus bagi meraikan sekali birthday anak cheq da pada 26 Mei dan satu lg cheq da buat untuk rumah pengasuhnya untuk makan2 bersama2 anak pengasuh yang lain...nak 2ggu buat birthdaynya di rumah rasanya tak terdaya cheq da...he3..k la k layan pic ni k..walaupun terlewat masukkan n3 ni..tapi cheq da dan suami tetap berdoa agar anak kami sentiasa diberkati dan menjadi anak yang solehah sehingga akhir hayat...

Buat Batrisyia sayang...UMI dan BABA love u so much....


ni la dia nur batrisyia...puteri kesayangan cheq da

masa ni dalam 2 minggu nak masuk 2 tahun

kek yang cheq buat untuk rumah pengasuh...


Disebabkan si batrisyia ni peminat setia Upin Ipin maka edible image ni pun
cheq da tempah gambar tersebut untuknya...memang gembira sakan dia tgk gambar ni...

untuk kek ni cheq da buat 3 layer kek span...perisa coklat,vanila dan coklat...memang licin jap jea...




2 ulasan:

ogyep yummy mellow berkata...

Cantik... cantik... cantik...

Happy Besday utk Batrisya ya... semoga membesar menjadi anak yang solehah kpd ibubapa.. InshaALLAH.. AMIN..

cheq da berkata...

ogyep semuanya cantik...kalau dia buat kek lagi la cantik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...