Selasa, 12 Jun 2012

Sayur Asam Batang Keladi...


Salam semua...nampaknya dah lama bangat cheq da tak update blog...maklumlah cuti 2 minggu memang banyak menghabiskan masa di kampung(memang tak bercuti ke mana2 p)kenduri p banyak...jadi bila dah ada kenduri kendara kena la tunjuk muka kat saudara mara...kalu tak tau2 jea la depa kata balik p tak menjenguk ke rumah saudara...masuk plak sekolah selama smk kampung raja dapat plak cikgu baru tranfer..so bila dah ada pengganti yang memang opsyen,lega la cikit dapat la membantu mana ada....
memandangkan dah lama cuti...banyak jgk gambar yang belum diuploadkan dalam laptop...kamera plak suami bawa pi kursus...jadi ada gambar yang mana ada jea la...tgk2 sayur asam batang keladi belum lagi diuploadkan dalam n3 ni...jadi kt kongsi yang ada jea la yea....he3..batang keladi ni sebenarnya memang dah lama cheq da buat,masa 2 kak ct jiran cheq da balik kampung dan bagi batang keladi...gatal jgk tangan nak menyelesaikannya...he3..buat banyak cikit,kongsi dengan kak ct coz suami dan anak buah memang tak makan...kla membebel banyak2 tak guna...kt share yea...


Asam Batang keladi (Mat Gebu)

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 150 g ikan pari masin, dipotong 1.5 inci dan rendam 30 minit(tak letak)
  • 2 pokok keladi minyak
  • 2 ulas bawang putih*
  • 6 biji bawang merah kecil*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1/2 cawan ikan bilis, direndam*(tak masuk p)
  • 1/2 cm belacan*(*dikisar halus)
  • 1 camca besar asam jawa, rendam dgn 1/2 cawan air
  • Secekak daun kesum
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Asingkan isi keladi dan batangnya. Bersihkan isi keladi dan potong kecil. Potong batang keladi anggaran 3 inci dan buang kulit selaputnya. Dalam periuk masukkan isi keladi bersama 2 keping asam dan sedikit garam, rebus hingga keladi 1/2 masak. Masukkan btg keladi dan celur bersama2 isinya tadi selama 1 minit. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, masukkan sedikit minyak dan tumis bhn2 kisar hingga wangi, masukkan ikan masin pari dan kacau goreng 1- 2 minit. Tuang air kurang lebih 500 ml sebagai kuahnya (bergantung pada kehendak masing2). Biarkan mendidih.
  3. Masukkan isi dan btg keladi celur tadi bersama2 daun kesum dan jus asam jawa. Bila mendidih perasakan dgn garam dan gula. Bolehlah dihidang kan bersama sambal belacan dan lauk2 lain sebagai sampingan.

3 ulasan:

norlieharumaini berkata...

sedapnya..

~~zana@pb~~ berkata...

Kalau tmpt akk ni btg keladi dah siap disiang, tinggal masak je:-)

cheq da berkata...

@~~zana@pb~~

akak yang ni fresh dari kg...tak sempat nak siang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...