Isnin, 2 Julai 2012

Bun inti kacang lagi.....

Salam bahagia semua...cheq da harapkan semuanya chat2 selalu...aduh cheq da rasa dah lama cheq da tak meng'update' blog...sunyi tanpa khabar berita...sepanjang minggu lepas kesihatan cheq da tak terjamin,ada di landa masalah sepanjang 7 bulan mengandung kali ni...hari ni dah masuk 30 minggu kandungan cheq da..apa yang pasti arap semuanya dipermudahkan ilahi sehingga selamat bersalin...



 Sebenarnya hari ni saja nak kongsi bun inti kacang merah yang dah lama cheq da buat tapi menggunakan resepi yang berlainan. Untuk resepi kali ni,cheq da puas hati coz rotinya sangat lembut dan naik dengan baik sekali...bila dah masak 2 terus makan panas2,alangkah nikmatnya rasa...cuma kali ni cheq da buat dohnya agak besar dan intinya sedikit sahaja cheq da letak...apabila roti naik kembang sebelum dibakar 2,so intinya jadi cikit jea...kedekut inti bila cheq da bagi kat cheq sue...he3...


Kali ni juga ubah selera letak warna kuning la plak...kalu dulu warna hijau...he3..resepinya sebenarnya cheq da tak pasti ambil dari blog mana...coz bila dah dapat resepi terus copy dan simpan dalam buku masakan buatan sendiri,catatan daripada blog p tak der jgk...nampaknya kena taip la resepinya...namun apayang pasti roti ni lembut dan sedap...Rasanya roti ni kalu inti lain pun best jugak yea...nanti kita cuba lain kali yea...


Bun Inti
sumber: blog kawan2

Bahan
500g tepung roti
75g gula
1 biji telur
5g garam
10g ibu roti-mauripan
45g susu pekat manis
220ml air sejuk
60g mentega
inti-apa2 jea yang anda gemari

Bahan glis
1 biji telur+air = nisbah 1:2

Cara
1. Satukan semua bahan dan masukkan dalam brendmaker
2. Rehatkan doh dan biarkan naik 2 kali ganda
3. Tumbuk-tumbukkan untuk keluarkan angin
4. Bentukkan doh supaya menjadi bulat dan masukkan inti...rehatkan bila doh naik dahulu kemudian bakar dengan suhu 180 darjah dan hingga masak kekuningan
5. Boleh la dinikmati panas2..

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...