Selasa, 21 Mei 2013

Ikan patin masak tempoyak

Masak tempoyak ikan patin tapi tak letak tempoyak pun sbb suami tak suka durian
Buat cam ni pun sedap jugak sehingga menjilat pinggan Tapi kalu ada yg suka 2 boleh la ditaruk tempoyaknya yea..Ikan patin ni plak fresh dari Temerloh..
 
 


 

Ikan patin masak tempoyak

oleh: tg77(my resepi)

Bahan-bahan ( untuk 4 org makan )

  • Satu ekor ikan patin (patin sangkar, sedang-sedang)
  • 2 ulas kunyit hidup (ditumbuk halus)
  • 6 biji bawang kecil (ditumbuk halus)
  • 15 biji cili api (ditumbuk halus)
  • 2 senduk tempoyak (agak2, nak pekat letak lebih lagi)-cheq da tak letak
  • 1 biji timun cina (dipotong dadu)
  • 2 ikat daun kesum
  • 2 ikat bunga kantan
  • sedikit asaam keping
  • 3 cawan air (ikut kepekatan)
  • garam (ikut rasa)
  • gula (kalau agak terlalu pedas)

Cara-cara

  1. ikan disiang dan diperapkan dengan asam jawa & limau nipis untuk menghilangkan bau hanyir ikan selama 1 jam
  2. kunyit hidup, bawang kecil dan cili api ditumbuk halus dan digaulkan dengan tempoyak tadi masukkan kedalam periuk yang diletakkan air, gaul sehingga rata masukkan juga asam keping, letak atas api dan biar 3 minit baru masukkan ikan yang terlebih dahulu dibersihkan, masukkan bunga kantan, daun kesum dan timun cina tadi, sambil itu masukkan garam, jangan terlampau masin, kalau agak2 pedas sangat masukkan gula sikit.
  3. Cadangan Hidangan: sedap dimakan panas dengan nasi putih, amat menyelerakan, resepi ibu saya sendiri.selamat mencuba
  4. Tambahan: tempoyak biarlah yang 5 hari diperam baru sedap masakan ini mengambil masa lebih kurang 20 minit
 

7 ulasan:

zila norazila berkata...

sedapp..tp akk x pernah masak ikan patin..klu teringin beli yg dh siap masak jew..sbb akk sorg jew yg makan ikan nie kt umah..

norhidana miswan berkata...

kalu mcm tu kene tukar nama tuh kak, tak blh letak nama msk tempoyak... tp ikan patin masak tekde tempoyak

Bbwana adienia berkata...

salam cheq da..

sedapnya ikan masak dengan tempoyak tu..bleh mintak?

cheq da berkata...

Sy dlu p tak prnh mkn jgk kak tp bila dh rasa sekali memang nk lg.hehe


cheq da berkata...

Ya take yea jgk,hehe

cheq da berkata...

Boleh mai dtg ch

cheq da berkata...

Sy dlu p tak prnh mkn jgk kak tp bila dh rasa sekali memang nk lg.hehe


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...