Isnin, 20 Mei 2013

Salam kembali...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pengunjung blog MKSnya.
Minta ampun banyak2 kepada semua kerana buat masa sekarang cheq da memang kesuntukan masa untuk berborak panjang dalam blog ni walaupun peminatnya tak seberapa. Buat masa sekarang cheq da duk cubuk menanda kertas peperiksaan pelajar2 kesayangan cheq da..banyak juga skrip yang perlu ditanda kerana cheq da mengajar subjek Sejarah SPM dan Bm untuk peringkat PMR.

Malam ni pun curi masa update blog ni memandangkan anak2 pun tak meragam. Suami plak menghilang main badminton bersama2 rakan2. Baru jea sekejap tadi, cheq da sebijik kek yang ditempah oleh pelajar sekolah. Ingatkan minggu ni boleh la relaks sikit,tiba2 dah pun ada 3 tempahan yang perlu disiapkan,semuanya nak hari khamis kerana jumaat 2 di sini, kami bercuti hari Wesak dan seterusnya sampai 2 minggu...seronoknya..

Seronok-seronok juga tapi banyak kerja...bab kata P.Ramlee...selagi belum mati...kerja..kerja dan kerja...he3. 

Oklah sebenarnya malam ni tak tau nak taruk gambar apa,yang banyak yang belum diuploadkan hanyalah gambar kek2 yang ditempah jea la..pe2 pun kita layan jea la yea..coz untuk masakan lain,cheq da nak sediakan n3 yang lain bersama-sama resepi yang dikongsi dalam my resepi dan blog rakan2.. kalu boleh memang cheq da nak update setiap blog ni tapi masa yang ada perlu dibahagikan kepada banyak benda...k la tak nak membebel lebih2..kita layan pic ni yea yang cheq da ambik dengan dslr yang dibeli cuma bab watermark je masih lagi gagal nak membuatnya dan malas nak mengedit2 gambar.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...