Selasa, 14 Mei 2013

Order order n order...

Assalamualikum dan selamat malam. Sehari sunyi tanpa n3 baru. Bukan apa cibbukkkk memanjang,order kek plak sentiasa ada jea permintaannya, Alhamdulillah...
Malam ni cite pasal order lagi..tp cam biasa tak dapek nak ngomol lebih2 kerana si kakak demam dan muntah2 dari ptg tadi. Pi jea ambik depa dalam puk 3 tadi,kak zah bagitau si kakak muntah2 sampai 3 kali. Sunyi la tanpa celoteh kakak yang sentiasa bising,gitu la keadaannya kalu dah tak cihat. Lepas 2 tgk ptg 2 makin teruk,cheq da bawak ke klinik dalam sejam jugak baru dapat jumpa doktor coz ramai jgk yang sakit nak jumpa doktor. Demam pun tinggi juga,doktor masukkan ubat ikut punggung,arap ok la kalu tak terpaksa ke hospital. Kalu ok pagi esok,cheq da akan ke sekolah cam biasa coz kerja banyak,nak cuti pun kena pk banyak kali. Nampaknya dah bertambah2 ok dan dah mula bercakap...lega rasanya

Oklah hari ni,nak masukkan n3 tempahan daripada kak noli dan juga cik lily untuk anak yang sulung yang menyambut ulangtahun  yang ke5..Nampaknya memanjang jea n3 order2 kan,banyak yang tak upload lagi kerana rezeki cheq da setiap minggu menerima tempahan. Terima kasih kepada yang sudi mengorder...



Untuk kek yang di atas ni adalah kek pandan layer, kek ni ditempah oleh kak noli untuk sambutan hari lahir seseorang. Agak terlewat jgk cheq da menerima order ni,pada mulanya cheq da pk 2kali jgk tapi memandangkan kak noli customer tetap,maka cheq da penuhi la jgk impiannya nak kan kek ni,nasib la pernah buat kek ni dalam 2,3 kali juga sebelum ambil order,hasilnya alhamdullillah. Arap kak nolui suka la yea.



Kek black forest ni plak permintaan Puan Shanulily untuk hari lahir si Alif, hai dah pun masuk 5 tahun si alif ni, teringat masa mula2 tranfer ke ch ni,suami plak dapat sambung belajar di Kuala lipis, Cik lily dan suaminya si mat la yang banyak tolong cheq da, dia tinggal nak rumah cheq da semata-mata nak temankan cheq da,masa 2 lily belum kahwin lagi,beberapa bulan nak kahwin dia duk bantu cheq da dalam banyak perkara.



Lily menempah 2 biji kek dan satu lagi ialah kek coklat moist untuk makan2 di prasekolah di Sk Terisu. Terima Kasih juga kepada Cikgu asmadi kerana yang delivery kek ni kepada lily yang satu sekolah dengan nya, maklumlah bila dah anak 2,3 ni jarang2 dapat jumpa dengan si lily ni...


Apa apa pun terima kasih kepada yang mengoder dengan cheq da,kalu ada kurang 2 minta halal la yea..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...