Ahad, 6 Oktober 2013

Creme brulee..

Salam.
Sebenarnya dah lama menyimpan hasrat untuk membuat dessert ni.
Selalu juga duk tanya cheq sue camana nak membuatnya.
kebetulan pada bulan puasa lepas ada lebihan telur kuning rainbow kek maka buat benda alah ni.
Cuma buat separuh jea..so dapat la dalam 4 biji.
Tapi malangnya gula bertaburan disebabkan tak hangcus sebab guna gula kasar dan tabur lambat setelah hampir nak masuk baru nak tabur.
Tapi kesedapannya memang tak dapat disangkal..
Lain kali boleh cuba lagi..
Mohon copy resepi yea cheq sue dan kak sha yea.
CREME BRULEE
rujukan:blog cheqsuechekgue

Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
100gm gula castor
500 ml creme
1 sudu teh vanilla

Cara-cara :
Masukkan creme ke dalam periuk kecil dan panaskan, keadaan cream cukup sekadar panas, tutup api.
Putar kuning telur dan gula sehingga bertukar warna pucat *pale
Masukkan creme yang panas sedikit dulu kedalam adunan kuning telur tadi. Kacau dan kemudian masukkan baki creame itu...*tempering*  masukkan pula esen vanilla. kacau rata
Tapis. dan kemudian masukkan adunan ke dalam acuan ramekin.
Jika ada buih-buih di atas.. bakar dengan menggunakan Blow~torch...
Dengan menggunakan kaedah *Water bath* bubuh air di dalam dulang pembakar *air panas. Susunkan acuan dan bakar dengan suhu 140'C selama 45-1 jam.... apabila siap.. keadaan Creme Brulee.. agak bergoyang di tengahnya *wigle*
angkat dan sejukkan sebentar.
Taburkan dengan satu sudu kecil gula castor di atas....
Boleh bakar gula tu dengan blow torch ataupun bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama beberapa minit

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...