Ahad, 6 Oktober 2013

Kek kahwin bulan 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya mata semakin kuyu untuk menaip n3 ni tapi digagahi jua kalu tak ada la n3 yang baru nanti.
Hari ni dah nk masuk hari ketiga peperiksaan pmr berlangsung..Alhamdulillah paper cheq da dapat berjalan dengan lancar tanpa masalah dari semua pelajar. Soalan nak kata susah tak la susah sangat..boleh la dijawabnya sebab semua soalan spot boleh dikatakan keluar  dan latihan2 banyak diberikan di dalam kelas. Hope semua pelajar berjaya la nanti.

Ok lah berbalik kepada n3 hari ni adalah untuk berkongsi kek perkahwinan 3 tingkat yang diorder oleh fatimah sempena dengan perkahwinan kakaknya yang kedua pada 7hb 9 yang lalu..he3 dah berlapuk punya gambar ni cuma tak sempat nak taip n3. Biasalah kan bila dah busy membusy ni,nak pandang laptop pun tak hengin..he3..K kt tengok gambarnya yea..layan..


Sebenarnya tema untuk kek ni adalah merah putih tapi disebabkan warna merah membara tidak mampu disediakan oleh cheq da,cheq da mintakan warna yang lain. Dia plak ok jea..tak kisah la warna pe2 pun akak janji siap katanya. So google punya google..tengok warna pink biru ni cantik jea kan..maka terhasil kek ni. Siap untuk mendeco kek ni jam 3 pagi..masa ni suami memang sedia menemai cheq da dan anak2 plak sukar nak tidur. Start mendeco jam 10 lebih malam sebab balik sekolah pi Ipoh dulu. Jadi bila balik kelam kabut nak siapkan plak kek ni..nasiblah ok semuanya. Bila dah minat tak tidur pun tak pe..he3. Deco untuk kahwin biasalah..penuh dengan bunga2an sajer lerr..



Untuk tingkat kek yang pertama ni kek sponge coklat dengan blueberrt filling seberat 3 kg,tingkat yang kedua pun kek sponge pandan dengan peach filing seberat 2 kilo dan kek tingkat yang ketiga pun permintaan fatimah adalah kek butter vanila dengan berat 1 kilo.
Terima kasih diucapkan kepada fatimah dan family kerana sudi menempah dan kepada kakak fatimah selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Yang ni plak gambar ehsan daripada fatimah selepas dipacakkan tiangnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...