Khamis, 3 Oktober 2013

Kerabu mangga ala cheq da

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Hari ni masih dalam keadaan kelam kabut sedikit disebabkan jam di dewan peperiksaan tiba2 tidak dapat berfungsi dgn baik. Walaupun dah diberikan 5 biji jam malangnya time ni benda alah ni nk buat hal.apa2 pun dah pun dapat diselesaikan sebelum exam bermula.
Oklah berbalik kepada n3 kita pd hari ni..cheq da tampilkan kerabu mangga a.k.a buah puah yg nama yg cukup sinomin di negeri Kelantan.
Beli mangga ni plak masa ke pasar minggu lepas. Mangga lemak kalu tak silap cheq da,jd beli la 2 biji untuk dibuat kerabu. Namun disebabkan agak sibuk sepjg minggu dan tidak memasak di rumah..asyik tertangguh jea la. 2 hari lepas tkt mangga ni rosak cheq da buatkan juga dan sebiji sahaja.2 pun dapat dalam agak memuaskan sampai 2 kali mkn.
untuk resepinya cheq da belasah jea resepu yg campak2 jea. Tak rujuk mana resepi pun. 


Kerabu mangga
Oleh:cheq da

Bahan2

1 biji mangga muda saiz sedang
5 ulas bawang merah
1 biji lada besar
5 biji cili api..nk pedas tmbh lebih
1 biji tomato
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka

caranya
1. Mangga disagat
2. Bahan2 lain dihiris halus
3. Campurkan garam,gula dan cuka dalam satu bekas
4. Campurkan bhn cecair dlm bekas mangga yg telah dicampurkan dgn semua bhn..gaul sebati
5. Siap dan boleh la dihidangkan.

Selamat mencuba...

3 ulasan:

  1. dah ada tulisan dekat gambar, ada juga mini watermark... boleh upgrade lagi tu... header tu boleh dah slow-slow tukar... hiiiiii

    BalasPadam
  2. salam kenal cheq da.tengok kerabu mangga ni terus pi dapur masak nasi.rasa lapar perut tapi mangga tak de la pulak nk wat kerabu.terliur dah ni

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...