Ahad, 8 Disember 2013

Kuih Koci Labu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
Apa khabar pagi ni?.Cuaca di kampung hari ni nampaknya masih redup tanda2 hujan nk turun. Nasib la semalam membasuh baju dan sempat plak baju kering. Ok lah hari ni nk cerita tentang kuih koci labu yg dibuat semalam. Buat di kampung bersama2 dengan ibu Cheq da. 


Sebelum ni menang tak pernah makan lagi kuih koci labu ni. Masa jiran ke tempat kenduri di daerah Banting,Selangor..dia la yg menyatakan bahawa sedap kuih koci jika dibuat begini. Jadi kebetulan ada lg sebiji labu..ibu Cheq da cuba la buat semalam. Ternyata memang sedap la dan warna labunya pun memang cantik.


Resepinya plak tak de la sesukar mana..cuma perlukan beberapa asas untuk dibuat kuih koci sahaja. Kami juga meletakkan inti kacang hitam yg telah dibuat terlebih dahulu oleh ibu Cheq da. Di sini cheq share resepi mengikut kesesuaian sahaja. Jika nk sedikit boleh dibuat sedikit dan jika nk banyak perlulah ditambahkan adunannya.

Kuih Koci Labu
By: bonda cheq da

Bahan
1. Setengah biji labu
2. 500 gm tepung beras pulut
3. Inti kacang hitam yg telah dibulat2kan sbg inti
4. Air
5. Daun pisang untuk membalut kuih koci

Cara
1. Labu dihiris nipis2 kemudian diblender supaya halus.
2. Campur bhn blender tdi dgn tepung dan uli sampai menjd doh koci.
3. Selepas itu ambilkan doh td masukkan inti kacang ditengah2 dan balut dgn daun pisang.
4. Kukus la selama 15 minit.
5. Siap untuk disediakan.

Selamat mencuba


1 ulasan:

norhidana miswan berkata...

sedapnyer kak.... sejak kecik sampai dh tua nih tak penah bt kuih koci nih... kalu tkt tolong mak kt kg dulu penah la bt....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...