Selasa, 31 Disember 2013

Entry terakhir 2013 dan selamat tahun baru 2014...

Salam bersua kembali dengan n3 kedua pd hari ni. Maklumlah esok kan dah masuk tahun baru kena la wish untuk semua pengunjung blog MKSnya kan. Alhamdulillah aktiviti berblog tahun ni lebih banyak jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya. Banyak kongsi serba sedikit minat cheq da dan cheq da uploadkan untuk tatapan masa akan datang.

  
Selamat tinggal 2013 dan selamat datang 2014. Alhamdulillah dengan anugerahNYA..Cheq Da masih lg boleh bernafas di bumi Milik Ilahi ni. Tahun 2013 banyak kejayaan dan banyak juga kegagalan hidup. Cuma kita sebagai manusia sentiasa perbaiki kan hidup kita akan kita lebih sabar mengharungi dunia yg semakin mencabar ni. Cabaran fizikal dan mental semestinya.

Untuk hari terakhir ni juga..tahniah cheq da ucapkan kepada adik ipar cheq da yg telah pun selamat sampai di bumi United Kingdom untuk melanjutkan pelajaran dalam peringkat PHD. Diharapkan tabah menghadapi kehidupan di sana setelah banyak masalah yg dihadapu sebelum dapat ke sana. Adik cheq da pula melanjutkan di UKM..jd terpaksa la berjauhan dengan isterinya selama 3 tahun ni. Tak pe la..muga2 ke2nya berjaya dlm hidup mereka. Ptg tadi sempat lg berwhatsap dengannya setelah baru sampai di sana..


Ini lah gambar yg diwhatsap tadi..tanya jgk su yik mana hilangnya janggutnya..katanya kena buang..kalu tak kena caj..he3..mcm2 bila dh berada di lain tempat yea. 

Oklah sekian lah n3 untuk tahun ni...semoga dapat bertemu kembali di tahun hadapan
IN SYA ALLAH

3 ulasan:

mala berkata...

apa maksud kena caj tu?

cheq da berkata...

Entahlah tak tahu la jgk..dia ckp g2

hazlina azmi berkata...

semoga 2014 lbh baik...
...blogwalking,jemput ke follow blog saya..http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...