Khamis, 26 Disember 2013

Mesyuarat pertama 2014..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nampaknya kembali bersua buat semua pengunjung blog memoriku selamanya Cheq Da. Lama tul rasa tak update blog. Bkn tiada cerita terbaru tapi kekangan waktu di samping sedikit kesakitan ujian Allah menyebabkan Cheq Da terasa malah nk mengupdatekan blog ini. 

Masih terasa kesakitan mata yg dialami oleh Cheq da satu family dan juga adik beradik yg lain. Kira cukup family yg besar kami dijangkiti dengan ujian Allah ni. Sepatutnya Cheq da naik bertugas untuk menyiapkan analisis PMR pd 19hb yg lalu tapi disebabkan mata bengkak dan berair menyebabkab cheq da tidak dapat bersama2 dgn rakan su yg lain menyiapkan analisis ni.


Hari ni pula merupakan mesyuarat kami pertama bg sesi 2014. Maeyuarat yg dimulakan kira2 jam 9.00 pagi ni tamat pd jam 2.00 ptg. Banyak maklumat baru disampaikan oleh pentadbir sekolah dan ucapan tahniah kepada semua guru kerana krputusan PMR pada tahun ini meningkat dengan 6 orang mendapat semua A. Peratusan jatuh sedikit berbanding tahun lepas tapi dari segi GPS meningkat. Bagi Cheq da berasa berpuas hati kerana daripada jumlah pelajar kelas hujung hanya seorg pelajar jea gagal menjadikan peratusan untuk subjek B.Melayu tidak mendapat 100%.Alhamdulillah.


Berdasarkan buku perancangan tahun 2014 ni..tugas Cheq Da sebagai setiausaha peperiksaan Pmr dikekalkan cuma status untuk jawatan ni ditukar kepada su pbs maklumlah ura2 Pmr telah dimansurkan. Dan juga buat pertama kalinya jawatan sebagai penyelaras sukan dan permainan telah diberikan kepada Cheq Da di samping dengan tugas2 sedia ada sebelum ini. 

Namun diharapkan prestasi tahun ni lebih lg bersemangat daripada tahun lepas..Semekar Selamanya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...