Selasa, 5 Ogos 2014

Percik Ayam kelantan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kalau sebut pasal ayam percik ni...sangat popular di makan tak kira la pada waktu bila pun. Selalu kalau bulan puasa..pasti menu ni dihidangkan pada awal2 bulan puasa. Sekiranya kalau ayam dipanggang di atas arang lagi la terasa keenakkannya. Tp bila dah xdpt nk bakar cam tu..guna pemanggang ajaib jea la lagi mudah...tambah2 bila duk kuarters.



Ayam perchik tak ingat menu keberapa cheq da utk berbuka. Cheq da selalu masak ala2 cheq da jea. Resepi plak hasil pemerhatian di dapur sejak dari sekolah lagi. Bila mak nk buat ayam perchik..kita tolong lah mana2 yang patut..

Ayam perchik Kelantan
Versi cheq da

Bahan
1. Setengah ekor ayam
2. Santan pekat 250gm
3. Bawang merah 5 ulas
4. Bawang putih 1 ulas
5. Serai 2 batang
6. Cili kering yg diblender 1 sudu mkn
7. Garam dan gula
8. Sedikit tepung beras utk pekatkan kuah

Caranya.
1. Bersihkan ayam dan lumurkan dengan sedikit garam.
2. Bakar ayam di dlm pemanggang ajaib.. biarkan
3. Utk kuah perchik
4. Blenderkan bawang merah,bawang putih,serai yg dimayang sehingga hancur.
5. Panas santan di dlm periuk dan masukkan bhn yg diblender. Masukkan cili kering,garam dan juga gula
6. Masak sehingga mendidih
7. Ambik sedikit dan lumurkan pada ayam yg dibakar tadi nk bakar lg sehingga masak.
8. Kuah yg tadi pekatkan dgn satu sudu teh tepung beras dan kacau sampai pekat.
9. Tutupkan api dan bila ayam tadi masak..tuangkan ke atas ayam tadi.
Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba.

8 ulasan:

norhidana miswan berkata...

dana pun suke bt ayam pecik kelantan nih kak... mmg licin cpt je kalu bt sekor

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Sedap ayam percik ni Che Da.. anak2 akak suka.. belum pernah buat sendir. selalu beli kat pasar malam ajer.. nanti nak cuba resepi che da ni :)

Bbwana adienia berkata...

wah, x bleh jadi ni cheq da..memang sedap tengok..terliur..huhu

Knor berkata...

Mmg nk kena msk juga ni..

cheq da berkata...

Dana kalau cheq da..time rajin jea buat..time mls blk kg mintak mak buat..hihihi

cheq da berkata...

Akak boleh cuba...carca barba jea cheq da main belasah jea cmpk2..hihihi

cheq da berkata...

Boleh cuba bb nti

cheq da berkata...

Masak jgn tak masak..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...