Isnin, 25 Ogos 2014

Salingan cerita saya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Cerita hari ini nk cerita sedikit tentang hobi cheq da. Selain memasak, membaking dan seangkatan dengannya, cheq da memang minat juga menjahit. Walaupun jahit menjahit ini mewarisi daripada ibu cheq da yg amat pakai menjahit...setakat ni..cheq da sememangnya takut nk memotong kain. Dah byk kali belajar dengan ma tp perasaan takut tetap juga menghantui.

Hobi terkini ialah menjahit shawl halfmoon. Cheq da akan beli tudung dan kemudian tudung ini dibuat dasar untuk tudung2 buatan cheq da. Buat sendiri lg murah kan. Tambahan pula cheq da memang minat nk menjahit manik...kebykkan baju manik2 cheq da buat sendiri. Jom tgk antara koleksi cheq da..


Ini adalah tudung halfmoon yg dibuat...sebenarnya dah lama buat..cheq da dah lama pakai baru keluar pattern ini raya dulu..kiranya kat sekolah cheq da lah orang first pakainya..hihihi



Jahitan manik dua baju ini awal tahun lg dijahit. Ambil peluang semasa cuti sekolah.


Ini plak manik 3D yg dijahit oleh kakak cheq da..batik ini adalah batik ke4 sekolah..memang suka sangat dgn hasil kerja kak la ini. Upahnya pun murah jea. Kalau orang lain mau beratus..
Oklah settle n3 hari ni.

9 ulasan:

Knor berkata...

Berbakat menjahit juga..
anugerah yg Allah bgi..alhmdulillah

Bbwana adienia berkata...

cantiknya jahitan manik cheq da..bb dulu pun suka tolong makcik menjahit lebih-lebih lagi bulan posa..banyak tempahan masuk banyak juga la dapat angpow raya dari makcik..tapi, skang dah lama x menjahit..ntah pandai atau x lagi ni..hihih..

cheq da berkata...

Alhamdulillah

cheq da berkata...

Biasa2 jea bb..nk buat cantik lg mls nk fokus

norhidana miswan berkata...

Cheq Da nih mmg serba boleh tau,... teror msk, membaking pun teror, menjht pun boleh mmg salute.... lawa2 hasil manik tu terutama yg 3d tuh... dana sndiri tak belajar lg bt 3d tuh huhuhui,,,, pastu memanik kt baju org mmg laju mcm2 idea ada tp baju sendiri nan adoooo.... hahhahah

cheq da berkata...

Alooosss dana..bkn cantik sgt pun yg 3d tu kakak yg buat..hihihi

Petak Bunga berkata...

bunga pink tu beli dah siap ke che da? ke buat?
kita suka gak jahit..tp malas sb lambat nak siap..haha..
kita anak tukang jahit yg x reti menjahit..mmm

cheq da berkata...

Yea yg dah siap ni...cuma tmbh2 manik jea..pemalas cikit..hihihi

Syaz Harzays Minme berkata...

Waaa.. cantik nyerr... nk satu halfmoon.. hahaha :P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...