Sabtu, 9 Ogos 2014

Sayur rebung lemak putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Masakan merupakan salah satu kegemaran cheq da. Kalau turun jea kedai makan di Simpang Pulai sentiasa ada hidangan rebung masak lemak ini.
Untuk kali ini, Cheq da tonjolkan sedikit kelainan dalam masakan rebung.
Rebung masak lemak putih bersama udang.



Rebung masak lemak
By: cheq da

1. Rebung yg telah dihiris
2. Santan 250 ml
3. 1 ekor ikan kembung
4. 6 ulas bawang merah
5. 1 ulas bawang putih
6. sedikit lada hitam
7. 10-15 ekor udang segar
8. Garam

Cara
1. Rebung yg dihiris tadi direbus sekejap supaya empuk dan toskan
2. Rebuskan pula ikan dan buang tulangnya
3. Tumbuk bawang merah  dan bawang putih serta lada hitam.
4. Masukkan ikan dan tumbuk lagi bersama bawang dan lada hitam tadi.
5. Masukkan santan di dlm periuk dan masukkan rebung serta bahan tumbuk. Masukkan gula,garam dan udang segar. Rebus sehingga masak.
6. Siap untuk dihidang.

2 ulasan:

Ita Rossi berkata...

sedapnya Cheq Da! Rebung manis dan segar.

Tihara berkata...

akak suka rebung ni
rangup je makan dengan nasi
:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...