Khamis, 18 Disember 2014

Musim tengkujuh 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Musim hujan tahun ni banyak melibatkan tempat dinaiki air. Kampung Cheq Da sendiri yang tidak pernah dinaiki air pun dinaiki.
Kebetulan pada 16hb..Cheq Da drive bersendirian dengan anak2 dan anak buah untuk bertolak ke Gua Musang. Suami plak menunggu di sana. Hajat di hati nk naik ke CH nk settle urusan PT3 yg akan diumumkan keputusannya pada 22hb nanti. Hujan sepanjang jalan mengingatkan Cheq Da supaya berhati2 memandu dengan 80km sejam sahaja.

Esoknya 17hb Cheq Da dan selamat sampai di CH dan settle kerja mana yang patut. Dapat msg dalam pukul 6.00 petang, kakak Cheq da yang kerja di Tanah Merah sangkut. Jalan ditutup untuk kenderaan ringan. Kesian betul...malam tu whatsapp group family riuh rendah dengan msg. Masing2 mengharapkan agar Cik leen dapat blk dengan selamat. Maklumlah perempuan dan keseorangan naik risau juga family kami. Akhirnya..dapat juga dia pulang ke rumah dalam jam 11 malam...tu pun berkat orang yang ada kat situ menyuruhnya dengan memandu menggunakan gear tinggi...yea la air dah mencecah satu tayar kereta. Kalau nk tunggu hujan berhenti memang tak balik la jawabnya sebab hujan lebat dan berhenti sekejap2. Cheq da share gambar2 yang di whatsapp oleh family dan kawan2 keadaan sebenar di kampung. Kawan2 yang terpaksa datang bertugas pun tak tahu la dapat naik ke tidak ke CH. Hampir kebanyakan jalan ditutup.


Ini gambar yang diwhatsapp oleh kakak yang kerja di Kb..kawasan area wakaf Che Yeh..
gambar pagi tadi.


Ini plak pekan kok lanas. Semalam dah ada kereta jatuh parit sebab tak nampak.



Ini plak kawasan besut atau setiu yg diwhatsapp oleh abang Cheq da.


Kawasan Tunjong...jalan dari rumah ke kota Bharu


Ini juga gambar whatsapp


Pusat beli belah bebas cukai Rantau Panjang.


Kawasan Pasir Puteh.

Tulah antara gambar yg Cheq Da terima. Tgk berita pun dah hampir 6000 orang rakyat Kelantan dan 7000 rakyat Terengganu telah dipindahkan ke pusat pemindahan. Harap lepas ini...keadaan semakin reda.


3 ulasan:

zila norazila berkata...

terukbanjir tu cheq da..moga semua dalam keadaan selamat ..ciq da juga take care ..anak akk amik pt3 result isnin ne ..moga dapat kputyg trbaik ..aminn

norhidana miswan berkata...

mmg nmpak trk banjir kali nih... ada jgk kwn wassap gambar yg kt kg suami nye jambatan tu ada btg pokok sebesar 3pemeluk agaknyer tersangkut kt situ... huhuhu mmg dugaan yg jd mangsa sume nih, dhla nk mule sekolah

Kayu Manis berkata...

semoga mereka sabar menghadapi ujian...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...