Selasa, 30 Disember 2014

Order 2014: Tempahan Kek Birthday Xue Ying

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sekarang masa untuk update blog amat terhad dengan keadaan banjir di Pantai Timur. Sedih mengenangkan mangsa2 ini. Macam Cheq Da walaupun hanya terperangkap dengan keadaan banjir ini tetapi bila mengenangkan nasib mereka yg lagi teruk..cheq da rasa bersyukur. Abang sulung cheq da juga turut menerima musibah ini dengan tenang walaupun rumahnya turut dilanda banjir aras kepala. N3 tentang banjir nti Cheq da cerita kemudian.

Oklah berbalik kepada tajuk.
Tempahan yang dterima di akhir tahun 2014. Ini merupakan tenpahan yang terakhir untuk tahun ini. Walaupun sibuk dengan kursus dan mengawasi exam..Alhamdulillah masih sempat buatkan kek permintaan Pn.Khor untuk anak perempuan sulungnya. Cuma ralat sebab tersalah faham, Cheq da tak buatkan satu lagi kek yg diminta..sepatutnya dia order satu carrot cake, satu coklat moist dan cupcakes 40 biji. Bila dah cam ni...terasa kesal la plak sebab tak check betul2. Disebabkan keknya diminta pada hari akhir persekolahan...Cheq da juga menolak 2 order dari SJKT Blue Valley. Yealah masa tak de..kena siapkan siapa yg order dahulu kan.




Sepatutnya 40 biji cupcakes ini akan dibuat semasa jamuan di rumah dengan satu coklat moist. Tiba2 pagi jumpa dia dan bgtau terlepas pandang dan akhirnya dia sempat tempah dengan kedai kek di Ch. Nasib jamuan pukul 7 malam.



Ini plak carrot cakes dengan cream cheese frosting untuk jamuan rakan2 di sekolah. Sambutan dibuat pada waktu rehat.
Terima kasih kepada Pusn Khor atas order beliau.

P/s: Doakan agar Pantai Timur akan reda dengan banjir ini. Cheq Da sendiri pun tak tahu nk ke CH..laluan jalannya antara jalan lojing ke Ch terputus dan runtuh terus..nmpknya kena cari alternatif lain. Nasib pihak pengurusan sekolah memahami dan menunda mesyuarat kali pertama 2015 pd 9hb Januari 2015 ekoran sesi persekolahan ditangguhkan seminggu.

1 ulasan:

Kayu Manis berkata...

bila Allah nak memberi..ujian dan rezeki..nikmat mana nak kita nafikan
alhamdulillah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...