Rabu, 23 Oktober 2013

Hasil gubahan pelajar..program selepas PMR.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua.
N3 untuk hari ni sekadar berkongsi cerita yang berlaku di sekolah. Ianya adalah mengenai program selepas PMR. Para pelajar selepas PMR banyak diberikan pendedahan yang boleh menarik minat mereka untuk datang ke sekolah.


kumpulan yang memenangi tempat pertama kerana kelebihan aksesorinya

Salah program yang telah pun berlangsung semalam adalah pertandingan mengubah bunga dengan tema bunga untuk majlis perkahwinan. Apa yang menariknya pertandingan ni turut disertai oleh pelajar lelaki. Memang teruja bila melihat bunga2 yang penuh dengan kesegaran ini. Almaklum duk kat CH ni stok bunga ini banyak. Tambahan pula mereka ni ada yang terdiri daripada anak tauke bunga. Maka tak hairan onkos untuk bunga ni tidak mengeluarkan modal.


Gubahan dari kumpulan lelaki..
Sebenarnya Cheq da tidak tahu pun adanya pertandingan ini sebab sibuk dengan peperiksaan akhir tahun. Kebetulan sewaktu duk mengajar di Kelas 1 Jujur,Puan Amutha meminta bantuan untuk mengadili gubahan tersebut kerana beliau sendiri pening untuk memilih pemenangnya. 
Apa lagi bila dah ke sana,siap bergambar sakan lagi Cheq da dengan gubahan2 ni. Kreatifnya mereka dalam melahirkan idea mengikut tema yang dipilih. Semuanya cantik2 belako sehingga Cheq da pun pening nak memilih  pemenangnya. 
Tahniah kepada kumpulan yang menang.


Salah satu design dengan kreatif mengubah bunga pegang.

Ha yang ni plak gaya cheq da bersama2 dengan bunga yang digubah..memang suka bergambar tambah2 kalau bunga2 cam ni..suka sangat..he3

Selasa, 22 Oktober 2013

My little Haziq 1 tahun

Assalamualaikum...
salam bersua kembali dengan n3 untuk hari ni. N3 pada hari ni sekadar berkongsikan cerita anak kedua cheq da..Luqman Haziq yang dah pun berusia 1 tahun. Sekejap saja..pejam celik pejam celik dah nak berjalan rupanya anak cheq da ni. Teringat sewaktu mengandungkannya,memang tidak banyak masalah yang cheq da alami..boleh lagi bawa kereta ke sekolah sehingga cuti bersalin. Balik ke kampung plak dalm 6 hari kelahirannya lewat dari due date..tapi alhamdulillah kelahirannya dipermudahkan Yang Maha Esa. Kini sudah 13 belas bulan bersama2 dengannya dan terasa kehilangan walaupun ditinggalkan sekejap.
 

Sempena dengan kelahiran yang yang pertama baru2 ni..Cheq da hanya sempat membaking kek birthday untuk dihantar ke rumah pengasuh sahaja, untuk sambutan yang gilang-gemilang ni belum disambut sepenuhnya. Nanti la bila dah tidak sibuk boleh la sambut di kampung.Terasa la cikit kemeriahannya.


Kek yang dibuat adalah kek checkered cake iaitu gabungan kek blueberry dan vanila dan difilingkan dengan blueberry filling. Ini adalah merupakan kali pertama membuat checkered cake setelah peralatannya dibeli setahun yang lalu tapi tak dapat ditayangkan di sini sebabnya kek tersebut dibawa ke rumah pengasuh.
Apa2 pun diharapkan adik Haziq akan menjadi orang yang berguna dan sentiasa soleh nanti..
Insha Allah

Isnin, 21 Oktober 2013

Tempahan lalu..

Assalamualaikum dan selamat malam..
Nampaknya dah lebih seminggu blog ini tidak diselitkan dengan n3 terbaru..
Memandangkan kerja sekolah dan rumah yang tidak pernah habis..cheq da gagahkan juga menguploadkan n3 terbaru. Cuma cerita yang nak dikongsikan adalah n3 berkaitan dengan tempahan kek yang dah lapuk. Kek ni diorder oleh pembantu pra sekolah suami sempena birthday suami dan anaknya yang kebetulannya disambut pada bulan yang sama.
kek span coklat dengan filling blueberry dan fresh cream topping ni adalah seberat 1.2 kg.
Harap tuan puas hati.
Kepada semua rakan2 blogger jangan lupa ke blog chequechekgu untuk karya penulisannya yang terbaru..cinta aloyah dan cafe..best..


Terima kasih kerana sudi menempah..

Khamis, 10 Oktober 2013

Bengkel Perhalus Sejarah Daerah Cameron Highlands

Asslamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Alhamdulillah hari selamat sudah satu bengkel perhalus bg subjek daerah ch ni. Bengkel yg berlangsung dr pukul 8 am hingga 4 pm ni telah diadakan di Smk Kg Raja. Ianya telah disertai oleh 136 orang pelajar dari 3 buah sekolah menengah di daerah ni. Banyak input yg boleh diperolehi oleh pelajar dengan menjawab soalan berdasarkan teknik mudah agar mereka boleh lulus dalam peperiksaan 
nti.


Dalam bengkel ini juga para pelajar byk diberikan teknik menjawab soalan kbkk yg mana soalan byk menyumbang kepada markah lulus pelajar. Puan Noraiza iaitu jurulatih utama bg subjek ni byk memberikan pendedahan kepd para pelajar. Guru2 lain pula sebagai fisililator dan juga 3 orang kaunselor dr ketiga2 buah sekolah pula adalah mentor.


Para pelajar juga diberikan soalan untuk dijawab bersama2 dengan bimbingan guru2 lain. Sepjg bengkel juga pelajar2 dan guru2 dapat mkn percuma dan mknan telah disponser oleh ppd ch.


Diharapkan agar bengkel ni boleh membantu pelajar perhalus ni lulus dengan baik..Insha Allah.

Tempahan dari Prasekolah SK Ringlet

Salam dan selamat sejahtera semua.
Sekadar berkongsi kek yang ditempah oleh prasekolah SK Ringlet 2 minggu lepas.
Kek ini sebenarnya telah diorder oleh Ustazah Asmat untuk jamuan prasekolah pada hari tersebut.
2 biji kek yang diorder iaitu kek coklat moist dan juga kek span coklat dengan blueberry filling.



Terima kasih kepada yang sudi mengorder..

Rabu, 9 Oktober 2013

Kek Birthday Danish

Assalamualaikunm
kek blueberry seberat 700gm diorder oleh rakan sekerja untuk hari lahir anak sulungnya..Danish..
Yang si adik hanya menumpang nama sebab takut bergaduh plak nanti..pesan maknya..so taruk la juga namanya walaupun theme bola menjadi pilihan si Danish.
Harap gembira yea Danish.




terima kasih buat kak yati sekeluarga kerana sudi menempah..

Banana chocolate mousse again for 5 tekun

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Kali ni berkongsi pula n3 kek pisang coklat dengan mousse dibuat sempena meraikan semua pelajar kelas 5 tekun yg akan menduduki peperiksaan spm tidak lama lg. Untuk pengetahuan semua cheq da mengajar subjek sejarah untuk kelas dan bermula tahun ni paper sejarah menjadi paper yang wajib lulus. Jadi agak sukar untuk menarik minat pelajar sebab rata2 mereka berbangsa cina dan india.

Sebenarnya untuk kek yg sedap bg cheq da ni masih menggunakan resepi yg sama dari resepi kak ita tempoh hari. Resepinya boleh lihat dalam n3 yg lepas yea. Ok lah mereka nampak cukup puas hati dapat mkn kek tersebut. Cikgu pun berasa gembira kerana janji telah pun tertunai. Hope nti exam boleh jwb dan good luck untuk semua.
doa cikgu sentiasa bersama2 kalian.

Selasa, 8 Oktober 2013

Happy birthday Baba...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Hari ni nk kata n3 special pun tak tahu la dikata..mungkin hari yg penuh bermakna buat baba a.k.a suami cheq da tercinta. 8.10.2013 iaitu hari ni merupakan hari kelahiran suami cheq da. Hari ni genap la umurnya 34 tahun..he3 dah tua pun..rambut pun dah semakin berkilat..maklumlah asyik memeras otak..pusing jalan untuk jana pendapatan yg lebih.


Pada pandangan cheq da..cukup bertuah rasanya dapat menjadi suri hidup..suami seorang yg cool dan tidak mudah melatah tetapi agak garang orangnya. Kini kami bahagia dengan sepasang anak yg sedang membesar. Apa yg diharapkan agak suami sentiasa diberikan kesihatan yg baik dan menjadi seorang yg tidak pernah ingkar perintah Allah.




Happy birthday..
Semoga sentiasa berbahagia hendaknya.

Kek Pisang Sempoi

Share resepi kek pisang sempoi daripada resepi my resepi
memang sempoi habis la..
mudah,cepat dan senang..



Kek pisang sempoi
oleh: sofinar(my resepi)

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 150g pisang emas - dilecek
  • 180g tpg gandum
  • 180g gula halus /gula icing
  • 3 biji telor
  • 120ml minyak masak
  • 1 sudu teh ovelate
  • 1 sudu teh soda bikabonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • secubit garam

Cara-cara

  1. campur semua bahan di atas dan putar dengan mixer hingga sebati dan adunan nampak putih
  2. masukkan kedalam loyang yang digris dengan minyak masak, bakar 180 darjah selama 40 - 50 minit
  3. pastikan adunan separuh loyang kerana kek biasanya naik sekali ganda

Isnin, 7 Oktober 2013

MAZOLA KACANG HIJAU

 Salam
n3 terlambat.ni sebenarnya biskut raya 2013 yang dibuat untuk raya yang lalu.
Tengok jea la yea..



 MAZOLA KACANG HIJAU
by Iza Akma SSK
source ~ Citarasawan


Bahan-Bahan :
120 gm tepung kacang peas
180 gm tepung gandum
20 gm santan serbuk
100 gm gula aising
1/8 tsp baking powder
1/4 tsp garam
120 gm minyak mazola
Hiasan :
1 kuning telur + sedikit susu cair + sedikit minyak mazola
selera cheq da:
ukir guna telur putih dan gula icing serta tepung jagung--macam biskut mama carie
Caranya :
Terlebih dahulu sangaikan sebentar tepung kacang peas. Biarkan sejuk seketika.
Campurkan semua bahan, masukkan minyak mazola dan uli sehingga membentuk adunan. Biarkan dalam 10 minit.
Sukat 1 suduteh penuh adunan, lalu dibulat-bulatkan.
Sapu hiasan atas biskut. Bakar 160C selama 20 minit.
Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Ahad, 6 Oktober 2013

Kek kahwin bulan 9

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sebenarnya mata semakin kuyu untuk menaip n3 ni tapi digagahi jua kalu tak ada la n3 yang baru nanti.
Hari ni dah nk masuk hari ketiga peperiksaan pmr berlangsung..Alhamdulillah paper cheq da dapat berjalan dengan lancar tanpa masalah dari semua pelajar. Soalan nak kata susah tak la susah sangat..boleh la dijawabnya sebab semua soalan spot boleh dikatakan keluar  dan latihan2 banyak diberikan di dalam kelas. Hope semua pelajar berjaya la nanti.

Ok lah berbalik kepada n3 hari ni adalah untuk berkongsi kek perkahwinan 3 tingkat yang diorder oleh fatimah sempena dengan perkahwinan kakaknya yang kedua pada 7hb 9 yang lalu..he3 dah berlapuk punya gambar ni cuma tak sempat nak taip n3. Biasalah kan bila dah busy membusy ni,nak pandang laptop pun tak hengin..he3..K kt tengok gambarnya yea..layan..


Sebenarnya tema untuk kek ni adalah merah putih tapi disebabkan warna merah membara tidak mampu disediakan oleh cheq da,cheq da mintakan warna yang lain. Dia plak ok jea..tak kisah la warna pe2 pun akak janji siap katanya. So google punya google..tengok warna pink biru ni cantik jea kan..maka terhasil kek ni. Siap untuk mendeco kek ni jam 3 pagi..masa ni suami memang sedia menemai cheq da dan anak2 plak sukar nak tidur. Start mendeco jam 10 lebih malam sebab balik sekolah pi Ipoh dulu. Jadi bila balik kelam kabut nak siapkan plak kek ni..nasiblah ok semuanya. Bila dah minat tak tidur pun tak pe..he3. Deco untuk kahwin biasalah..penuh dengan bunga2an sajer lerr..



Untuk tingkat kek yang pertama ni kek sponge coklat dengan blueberrt filling seberat 3 kg,tingkat yang kedua pun kek sponge pandan dengan peach filing seberat 2 kilo dan kek tingkat yang ketiga pun permintaan fatimah adalah kek butter vanila dengan berat 1 kilo.
Terima kasih diucapkan kepada fatimah dan family kerana sudi menempah dan kepada kakak fatimah selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.
Yang ni plak gambar ehsan daripada fatimah selepas dipacakkan tiangnya.


Creme brulee..

Salam.
Sebenarnya dah lama menyimpan hasrat untuk membuat dessert ni.
Selalu juga duk tanya cheq sue camana nak membuatnya.
kebetulan pada bulan puasa lepas ada lebihan telur kuning rainbow kek maka buat benda alah ni.
Cuma buat separuh jea..so dapat la dalam 4 biji.
Tapi malangnya gula bertaburan disebabkan tak hangcus sebab guna gula kasar dan tabur lambat setelah hampir nak masuk baru nak tabur.
Tapi kesedapannya memang tak dapat disangkal..
Lain kali boleh cuba lagi..
Mohon copy resepi yea cheq sue dan kak sha yea.
CREME BRULEE
rujukan:blog cheqsuechekgue

Bahan-bahan :
6 biji kuning telur
100gm gula castor
500 ml creme
1 sudu teh vanilla

Cara-cara :
Masukkan creme ke dalam periuk kecil dan panaskan, keadaan cream cukup sekadar panas, tutup api.
Putar kuning telur dan gula sehingga bertukar warna pucat *pale
Masukkan creme yang panas sedikit dulu kedalam adunan kuning telur tadi. Kacau dan kemudian masukkan baki creame itu...*tempering*  masukkan pula esen vanilla. kacau rata
Tapis. dan kemudian masukkan adunan ke dalam acuan ramekin.
Jika ada buih-buih di atas.. bakar dengan menggunakan Blow~torch...
Dengan menggunakan kaedah *Water bath* bubuh air di dalam dulang pembakar *air panas. Susunkan acuan dan bakar dengan suhu 140'C selama 45-1 jam.... apabila siap.. keadaan Creme Brulee.. agak bergoyang di tengahnya *wigle*
angkat dan sejukkan sebentar.
Taburkan dengan satu sudu kecil gula castor di atas....
Boleh bakar gula tu dengan blow torch ataupun bakar di dalam oven dengan menggunakan api atas selama beberapa minit

Sabtu, 5 Oktober 2013

Tempahan kek blueberry dan pandan layer..

Salam
n3 untuk tempahan yang telah diterima sekitar awal bulan 9 yang lepas.
2 tempahan untuk kek blueberry dan 1 tempahan pandan layer.



Untuk farisya ni kek diorder oleh kawan suami di ringlet untuk anaknya yang berusia 2 tahun.



 Yang plak diorder oleh pelajar kelas cheq da iaitu Beh Yong Zin untuk ibunya yang menyambut birthday pada bulan 9 lepas.



Pandan layer ni plak ditempah oleh kak noli untuk dibawa balik ke kampung nya di Ipoh.
Terima Kasih kerana sudi order.

Khamis, 3 Oktober 2013

Kerabu mangga ala cheq da

Assalamualaikum dan selamat pagi semua.
Hari ni masih dalam keadaan kelam kabut sedikit disebabkan jam di dewan peperiksaan tiba2 tidak dapat berfungsi dgn baik. Walaupun dah diberikan 5 biji jam malangnya time ni benda alah ni nk buat hal.apa2 pun dah pun dapat diselesaikan sebelum exam bermula.
Oklah berbalik kepada n3 kita pd hari ni..cheq da tampilkan kerabu mangga a.k.a buah puah yg nama yg cukup sinomin di negeri Kelantan.
Beli mangga ni plak masa ke pasar minggu lepas. Mangga lemak kalu tak silap cheq da,jd beli la 2 biji untuk dibuat kerabu. Namun disebabkan agak sibuk sepjg minggu dan tidak memasak di rumah..asyik tertangguh jea la. 2 hari lepas tkt mangga ni rosak cheq da buatkan juga dan sebiji sahaja.2 pun dapat dalam agak memuaskan sampai 2 kali mkn.
untuk resepinya cheq da belasah jea resepu yg campak2 jea. Tak rujuk mana resepi pun. 


Kerabu mangga
Oleh:cheq da

Bahan2

1 biji mangga muda saiz sedang
5 ulas bawang merah
1 biji lada besar
5 biji cili api..nk pedas tmbh lebih
1 biji tomato
sedikit daun bawang dan daun sup
sedikit garam
sedikit gula
sedikit cuka

caranya
1. Mangga disagat
2. Bahan2 lain dihiris halus
3. Campurkan garam,gula dan cuka dalam satu bekas
4. Campurkan bhn cecair dlm bekas mangga yg telah dicampurkan dgn semua bhn..gaul sebati
5. Siap dan boleh la dihidangkan.

Selamat mencuba...

Rabu, 2 Oktober 2013

kek lapis kukus cream cheese

  Assalamualaikum dan salam sejahtera
kongsi resepi yang best ni 
diambil dari blog mas duniaku
terima kasih atas perkongsian resepi ni.

  
Kek Lapis Kukus Cream Cheese


Sumber : IzahdautKak Anymzz


Bahan A : 
250 gm cream cheese
60 gm gula halus
1 biji telur
25 ml air
1 sudu besar tepung gandum

Cara : 
Pukul cream cheese bersama dngn gula.
 Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum.
Biarkan sebentar.

Bahan B  -  Kek Coklat.
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sk vanilla
2 sb serbuk koko
sedikit garam
1/2 cwn air panas didih
1/2 cwn cwn susu segar @ cair
1/2 cwn minyak jagung @cmasak
1 cwn tpng gandum
1 sk baking soda
1/2 sk baking powder

Cara :
Pukul telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang
Setelah kembang masukkan vanilla dan diikuti dngn koko dan garam
Masukkan air panas,susu dan minyak
Setelah itu masukkan tpng gandum, b.soda dan b. powder yang telah diayak dan gaul sebati.
Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian.


Cara membuat Kek Lapis Kukus Cream Cheese:
Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya.
Sapukan sedikit minyak di loyang dan alas dngn kertas minyak
Letak adunan coklat dan kukus selama 15 minit.
Tuang adunan cream cheese diatasnya dan kukus selama 15 minit.
Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya dan kukus lagi selama 20 minit.
Sejukkan dan boleh di hidangkan....



Selasa, 1 Oktober 2013

Order Lagi..

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Lagi order untuk dikongsi bersama-sama..layan jea yea...


                Cotton cheesecake dgn blueberry topping 3kg


                                     Kek coklat moist 2 kg


    Order dari Sk menson sempena sambutan hari raya



         Bear cake blueberry untuk siti amirah 6 tahun


            Boboiboy cake untuk anak2 cikgu din ringlet




            Coklat moist tempahan dari siti fatimah untuk                                                kawannya.




        Tempahan pecan heaven seberat 2 kg diorder                             oleh kak sue untuk suaminya.

         Tempahan mini hokaido 50pcs ditempah oleh                                         puan zuraini



          Tempahan cupcakes dari kak tina 25 biji..nk                                             deco bunga2an

             Terima kasih kepada semua yang order.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...