Rabu, 8 Mei 2013

Roti Naik Tok Mak

Assalamualaikum dan selamat malam.
Nampaknya baru berkesempatan nak mengupdatekan blog ni. Bukan apa aktiviti banyak sampai tak terbuat2. N3 malam ni pun gambar yang dah basi kerana roti dah dibuat dalam 3 minggu yang lepas. Almaklumlah sebab ter rajin duk melihat resepi-resepi roti2,maka dalam 3 jenis roti juga cheq da cuba membuatnya. Gambar yang lain kita update kemudian yea. Untuk resepi kali ni,cheq da dapatkan daripada blog duniaku..Nama rotinya roti naik tok mak. Memang sangat sedap dan rasanya manis buah, memang sesuai la sungguh. Bila masak makan plak panas2...sangat la sedap..Terima kasih kepada mas-duniaku,minta copy resepi yea..







Roti Naik @ Roti Lembut @ Soft Bun Resepi 

Resepi : Tok Mak FB
Sumber 1 : Faridah Haron FB
Sumber 2 :  Ika

Bahan2 :
500 g tepung high protien @ tepung gandum @ tepung roti


 1 biji telur

 3/4 cawan gula halus

 1 sudu besar susu tepung 
 2 sudu besar susu pekat manis
 2 sudu besar marjerin
 1 sudu besar shortening
 1 peket mauripan (11g)
 campurkan susu pekat manis + telur + tambah air...jadikan 300 ml semua sekali 


 Cara :

Dalam mangkuk...
Masukkan tepung dan gula halus...masukkan adunan 300ml air tu...gaul sebati....
Masukkan marjerin dan shortening...gaul rata....
Teruskan uli hingga adunan lembut, licin serta elastik...


Perapkan doh sehingga naik sekali ganda...tumbuk2 doh utk kuarkan angin...bulatkan       kecik2...susun dlm loyang...yg dah di griss....perap lagi sejam, untuk buat doh pizza boleh kurangkan kuantiti gula.

Bakar dalam oven 180...selama 20 minit atau hingga masak...dengan api atas bawah
Kaedah lain menggunakan Bread Maschine boleh set kan mcm biasa utk buat doh.---CHEQ DA GUNA BENDA NI SENANG BANGAT...

4 ulasan:

  1. alahai sedapnyer, cicah sardin ke kari ke pun msti sedap tuh

    BalasPadam
  2. Time rajin boleh la buat,kalu malas tak buat2 jgk

    BalasPadam
  3. Emm sedap nanti leh cuba

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...