Isnin, 30 September 2013

Banana chocolate mousse cake...yummmy

Salam dan selamat sejahtera semua. Camana keadaan hari ni..semoga bertambah keberkatan dalam kehidupan kita ni. Insha Allah.

Berbalik kepada n3 hari ni..berkongsi mengenai kek banana chocolate mousse yg cheq da buat bg meraikan semua pelajar kelas 3i yg akan menduduki peperiksaan pmr 2..3 hari jea lg.

Bercerita mengenai kelas istimewa ni..sudah hampir menjelang peperiksaan cheq da mengajar paper bm untuk kelas ni. Kelas ni merupakan kelas yg paling hujung dr semua pelajar tingkatan 3. Bila sebut jea kelas hujung pasti ramai yg tahan dengan perangai pelajar yg pelbagai. Cina, india dan asli memenuhi segenap lapisan kelas ni membuatkan cheq da kena pelbagaikan teknik mengajar untuk nenarik minat dia orang. Mujur la dia orang mendengar kata dan tidak suka membantah bila diberi kerja. Cheq da harap mereka akan lulus dengan baik dlm exam nanti.


Ok untuk resepi kali ni.,cheq da ambil daripada blog masam manis kak ita. Dengan kaedah yg step by step memudahkan cheq da meneliti dan membaking kek ni.
Ternyata air tangan kak ita memang la teramat sedapnya sehingga tak puah mkn sepotong yg diambil dr pelajar kelas ni. Lain kali mesti nk buat lg disebabkan rasanya yg begitu sedap ditekak cheq da. Pelajar pun gembira la bila diberi mkn..yg tak tahan 2 siap mk mtk lg 2..huhuhu..sabar la dulu yea kalu lulus boleh la buatkan mereka lg. Untuk kak ita,cheq da kongsikan resepi ni utk tatapan bersama yea..terima kasih.

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
dari:Azlita masam manis

Kek Span Coklat

5 biji telur
125 gm gula kastor
1 sudu kecil esen vanila
15 gm ovelette
40 ml air
100 gm tepung gandum ~ diayak
20 gm serbuk koko ~ diayak
1 sudu kecil serbuk penaik (baking powder)
70 gm mentega ~ dicairkan
Panaskan oven pada suhu 170C
Sediakan loyang 8 inc
Sapukan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak
Campurkan gula, telur, ovelette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan baking powder.
Putar semua bahan di atas hingga kembang dan ringan
Masukkan mentega cair dan kaup balik dengan spatula hingga sempurna
Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inc
Bakar pada suhu 170C ( bergantung pada oven masing-masing ) selama 45 mint atau sehingga kek di masak sempurna
Sejukkan kek atas redai setelah masak
Potong kek kepada 3 lapisan

Bahan Ganache Coklat

150 ml krim tenusu
20 gm sirap glukos
260 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan paste almond atau 1 sudu makan Nutella ~ jika suka
1 sudu teh paste orange atau orange Sunquick ~ jika suka

Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter, esen vanilla, paste almond dan paste orange
gau rata.

Mousse Chocolate

250 gm Krim Putar Bukan Tenusu Non Dairy Whipping Cream
3 biji kuning telur
80 gm gula aising
120 gm mentega tanpa garam
6 gm halal gelatin
30 ml air
120 gm coklat gelap

Larutkan gelatin dalam air, caranya masukkan air dalam bekas dan taburkan gelatin atasnya biarkan ia mengembang.
Kemudian panaskan dengan kaedah doube boiller hingga gelatin larut
Cairkan coklat gelap dengan kaedah double boiller juga
Panaskan telur kuning dan gula ising di atas kukusan ( kaedah double boiler) dan kacau tanpa henti hingga ia pekat
Tambahkan larutan gelatin yang telah cair tadi dan kacau rata
Masukkan coklat cair dan gaul sebati.
Ketepikan
Dalam bekas pemutar, putar Krim putar bukan tenusu hingga kental
Kaup balik krim dalam adunan telur hingga rata

Kaedah Penyediaan
Pisang secukupnya ~ di belah 2
Air Nescafe untuk melembabkan kek 
Ganache coklat secukupnya

Letakkan sepotong kek span atas lapik kek
Lembabkan kek span dengan menyapukan air nescafe di atasnya atau jus lemon
Letakkan mousse coklat dan ratakan
Susunkan potongan pisang di atasnya kemas
Letakkan lapisan kek yang kedua dan ulang proses yang sama hingga habis
Salutkan keseluruhan kek dengan mousse cokat dan simpan dalam peti ais hingga ia mengeras, paling kurang 4 jam
Bila dah mengeras bolehlah salutkan kek dengan curahan ganache coklat dan hias dengan kreativiti masing-masing
Simpan semula dalam peti ais hingga ganache coklat mengeras

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

tgk pun dh tau sedap.... ptt lah samapi ada yg mintak tambah

cheq da berkata...

He3 cikgu pun tak cukup..memang sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...