Sabtu, 21 September 2013

Rainbow Cake Versi 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
N3 untuk hari ni pula yea rainbow cake. Kek ni merupakan kek menggunakan resepi kak wan dari blog Citarasawan yang amat popular dengan deco yang molek2 dan cantik2 semuanya.
Dulu dah cuba buat rainbow cake dengan resepi yang lain.
Kedua2 resepi rasanya sama2 sedap dan lemak berkrim rasa keknya. Apa-apa pun berbanyak terima diucapkan kepada kak wan kerana sudi berkongsi resepi ni.
 
Rainbow Cake
Adapted from :  Martha Stewart
Sumber rujukan: Blog Citarasa Wan

Bahan-bahan
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
Pewarna merah, biru, hijau, kuning, oren, unggu

Loyang 8" di alas dan di gris

Cara-cara :
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C.  Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai.  Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu filing cream cheese secukupnya, kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim cheese dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman.


Cream Cheese Filling
250gm cream cheese
100gm mentega tawar
50gm gula icing
150gm coklat masakan putih - cair secara double boil
80ml UHT whipping cream / Thickened cream

Cara :  Pukul cream cheese dan mentega hingga licin.  Masukkan gula icing dan coklat putih cair,  putar hingga sebati.  Masukkan whip cream sedikit demi sedikit dan putar hingga bergaul rata.
 
Ok ni plak kek yang diorder oleh Puan lily dan En. Mat untuk dibawa ke kampungnya di Tanah Merah Kelantan sempena cuti raya aidilfitri yang lepas. 
Untuk kek ni,Cheq da hanya deconya dengan fresh cream pelangi.

2 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

salam cheq da..

cantik rainbow kek tu..resepi kek ni agak berlainan skit dari resepi yang sya simpan..apapun, menarik.

cheq da berkata...

Sedap resepi..tp family lbh suka kek coklat lg...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...