Rabu, 18 September 2013

Macaron kali ke-2

Assalamualaikum.
Apa khabar semua?
Masih lagi di mood keletihan ekoran daripada kenduri dan aktiviti di sekolah yang tak henti2 dengan program untuk para pelajar SPM dan PMR.
Maklumlah Cheq Da plak sememangnya mengajar budak2 form 3 dan 5..so kenalah galas tanggungjawab ini dengan seikhlasnya.
Oklah berbalik kepada n3  pada hari ni,Cheq da kan macaron yang kali ke2 Cheq da buat.
Untuk kali ni ianya lebih ok dan baik sedikit berbanding dengan kali pertama.
Mungkin jugak disebabkan Cheq da gunakan silicon macaron..jadi bulatnya lebih ok. Kerja pun dapat dijalankan dengan lebih mudah.
Untuk resepi kali ni pun tetap menggunakan resepi dari blog Masam manis kak azlita.
Rasanya memang sedap kerana cheq da letakkan inti ganache..memang lemakl berkrim.
Bila dibawa ke sekolah semua orang suka akan rasanya yang manis begitu.
 
 
MACAROON
sumber: kak ita masam manis
80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna 
 
 
Langkah 1
Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
Langkah 2
Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga adunan  kental dan bertanduk seperti gambar  1 (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh. (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia dah bertanduk aje dah ok!

Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian sahaja kerana adunannyer sedikit.
Langkah 3
Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
Langkah 4
Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.
Panaskan oven 150C - ita cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...