Isnin, 23 September 2013

Kek Kukus Pelangi

Assalamualaikum
n3 untuk hari ni walaupun kekalutan sedikit kerana lepas sekolah td terpaksa plak berkejaran ke klinik untuk suntikan si haziq 1 tahun. Nk tunggu esok lusa penuh plak jadual dengan kelas tambahan.
Hari ni cheq da kongsikan resepi kek kukus yg best ni. Bila hari 2 blog home sweet home duk tayang2..seakan2 memanggil cheq da untuk membaking. Cara yg mudah dengan bahan2 yg telah sedia ada..alhamdulillah menjadik...sedap plak 2. Ok la cheq da minta halalkan resepi ni untuk sesiapa yg ingin cuba k...



 KEK PELANGI KUKUS CHEF NORZAILINA
Sumber:  Yatie Sinar Kehidupanku
Diujirasa :  Ummi @ Home Sweet Home

Bahan-Bahan (Loyang 7x7x3)
  • 1 cawan mentega
  • ¾ cawan gula kastor
  • 3 biji telur
  • ¼ cawan susu pekat
  • ¼ cawan serikaya
  • 1½ cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1 sudu besar koko
  • 1 sudu kecil vanila
  • Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga
Cara membuat
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
  2. Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  3. Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko.
  4. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilengser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. Tutup dngn aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.
* Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.

5 ulasan:

Cik Puan Izan❤ berkata...

alahai...terliur pulak ptg2 gini nampak kek colorful..

cheq da berkata...

memang sedap cik puan izan..cuba la

Bbwana adienia berkata...

kek nampak gebu dan ceria..

norhidana miswan berkata...

cantik n kelerpul nyer kek kukus akak tuh

cheq da berkata...

Kena buat comel2 baru selera nk mkn..he3

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...