Jumaat, 3 Januari 2014

Anniversary ke-7 dan Black n white Russian Cake

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Post n3 pertama malam ni sebab esok cuti so bolehlah relaks memanjang. Relaks..mana boleh relaks tugasan harian mesti juga dilaksanakan. Hai penat tul rasa awal2 tahun ni..tambahan plak si kakak dah bersekolah. Seawal pukul 5.00 dah kena bangun setiap hari untuk menyediakan apa2 yang patut. Alhamdulillah nampaknya si kakak dah mula menyesuaikan diri dengan dingin pagi di Ch ni. Mana tak nya kesian juga seawal 6.00 pagi dan kena mandi. Hari pertama di sekolah plak tidur akibat kepenatan. maklumlah baru jea 4 tahun dah ke sekolah. Harap semua ok nanti.

Oklah untuk hari ni..nak tayang kek black n white russian cake sempena aniversary cheq da dan suami yang ke7..hmmm dah 7 tahun rupanya dah kahwin. Pejam celik pejam celik anak pun dah 2(bercadang nak tambah lagi..hehe). Rasanya bila dah masuk 7 tahun banyak dah berubah..terutama saiz badan lerr..tgk gambar kahwin kurus jea..kalu pakai seluar saiz 25 pun longgar lagi tapi la ni senang hati la kot seluar saiz 31 pun ngam2 jea..he3..

Berbalik kepada cerita kek ni..sebenarnya kek ni dah kali ke3 cheq da buat cuma dulu guna resepi yang berlainan. Bila tgk dalam blog hanamemories dan kak yati sinar kehidupannku..masing;masing duk tayang kek yang betul2 sedap ni.. memang sangat puas hati dengan rasa keknya yang lembap sangat2. Kek ni dikukus..tapi bila buat dalam 1 adunan banyak pula yang dapat..Cheq da kukuskan dalam loyang 9". 2 belum lagi touch up cake bila dah masuk2 semua..ha kek ni jadi seberat 3 kilo..kalu beli agak2 dah beratus2 reganya kan.


Bila dah buat banyak ni dapat la dibahagikan kepada jiran yang paling rapat keluarga kak ct. Kebetulan anaknya yang sulung memang hantu coklat. Selalu jea minta cheq da buatkan kek coklat untuk nya. Bila diberi 2..dalam petang cikit dapat plak msg dari kak ct katanya kek ni sangat sedap dan nak order la plak..he3..ni la rezeki namanya.


 Teringat cheq da masih first time buat kek ni,cheq da rujuk blog juicy cafe tapi masa tahun lepas buat keknya buat dalam bentuk 4 segi dan bila potong tak jadi sangat line tapi kali ni snagat puas hati dengan penampilan kek ni. Kali kedua cheq da buat di kampung iaitu kek ni telah dijadikan hantaran untuk perkahwinan adik cheq da pada bulan 8 tahun lalu. masa ni tak tahu camana sebab kek diberikan kepada pengantin perempuan so tak tahu la hasilnya kan.


Bagi penggemar coklat kek ni sesuai la sangat..untuk dicuba. Baca dengan teliti tekniknya In sya Allah menjadi..Untuk hana, Cheq da kongsikan resepi di sini yea untuk rujukan akan datang..terima kasih atas perkongsian resepi yang best ni.

RESEPI KEK COKLAT
sumber : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 170g tepung superfine*
  • 1 sudu kecil baking powder*
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat*
  • 1 tin susu cair (400g)
  • 100g serbuk koko
  • 200g minyak jagung @ minyak masak
  • 250g susu pekat
  • 250g gula halus - hana letak 210 jer
  • 5 biji telur - blend 5 minit
Cara-cara
  • Ayak bahan yang bertanda *.
  • Satukan minyak, susu pekat, susu cair, minyak, gula dan serbuk koko. Panaskan di atas api kecil sehingga semua sebati. (tak perlu mendidih, gula hancur dan serbuk koko tiada yang berketul2.) Angkat.
  • Masukkan ke dalam mangkuk besar, dan masukkan telur yang telah dikisar tadi. Kacau sebati.
  • Akhir sekali masukkan bahan yang telah diayak. dan kacau mesra. (hana guna hand whisk)
  • Sapukan loyang dengan butter@marjerin. Tuang adunan kek dan kukus selama 1jam 10minit.
  • Sejukkan.

RESEPI COKLAT GANACHE
  • 200ml whipping cream (dairy)
  • 500g coklat masakan (seeloknya guna coklat compaund)
  • 1 sudu besar air panas
  • 2 sudu besar sirap glukos
  • 2 sudu besar butter

Cara-cara
  • Panaskan whipping cream (tak perlu mendidih) . Masukkan air panas, butter dan sirap. Kacau sebati.
  • Angkat dari api dan masukkan coklat masakan, kacau sehingga coklat cair.
  • Sejukkan dahulu sebelum guna. (seeloknya semalaman (suhu bilik) supaya mudah untuk paip ke atas kek). Jika nak cepat, masukkan peti ais sebentar.

 RESEPI COFFEE CREAM CHEESE
  • 500g creamcheese
  • 1 cawan butter lembut
  • 1 cawan gula aising
  • 1 peket cofffee 3 in 1 (hana guna separuh je)-cheq da tak letak kasi rasa original

Cara-cara : Putar semua sebati dan halus dan sedia untuk digunakan.

CARA PENYEDIAAN KEK RUSSIAN BLACK & WHITE
  • Potong kek kepada 3 atau 4 lapisan. 
  • Letakkan satu lapisan di atas papan kek. Sebelum itu masukkan cream cheese dan coklat ganache ke dalam piping bag. Paipkan di atas kek membentuk likaran secara berselang seli  (seperti gambar di atas).
  • Letakkan lapisan kek kedua dan paipkan lagi creamcheese dan juga ganache coklat seperti tadi. Buat sehingga lapisan seterusnya. Untuk lapisan terakhir hanya sapukan baki cream cheese.
  • Dan Akhir sekali tuang baki coklat ganache ke atas kek. Jika ganache sudah membeku atau mengeras, panaskan semula secara double boiler sekejap dan terus tuang atas kek.
  • Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

3 ulasan:

ZalinZalina berkata...

Cheq Da..kak ina tak pernah lagi buat kek yang awak buat ni..lupa dah nama kek..heheh... Happy Anniversary ye awak...mudah2an kekal bahagia hingga ke Jannah :)

cheq da berkata...

kak ina nanti cubalah tak menyesal hasilnya..

Bbwana adienia berkata...

salam cheq da..

wah, tayang black russian pulak..alahai, bila la dapat buat kek yang sedap ni..masih dalam waiting list..huhu..apapun, happy 7th anniversary..semoga berbahagia selalu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...