Khamis, 17 Julai 2014

Biskut Lidah Kucing

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Antara biskut pilihan 2014. Bila dah target nak buat..dah beli siap2 acuan lidah kucing ini. Tapi dah beli yang lidah ni, ada plak yang keluar hati kucing la, bunga kucing la..hihihi. Sememangnya rasanya dan lemak2 manis dan rangup menyebabkan kanak2 suka. Sampaikan belum masuk balang pun dan separuh di makan oleh 2 beradik ini. Terima kasih kepada penyumbang resepi ini. Akhirnya termeterai jgk hajat nk buat biskut ni.



Ini adalah  versi colourful..

 Ini plak versi yang dah habis colour..hihihi..campur sebab dan habiskan aduan..tapi tetap maintain lawa.

LIDAH KUCING
Resepi : Fatmah Bahlawan
Rujukan : Citarasawan
Copy dari: Kak Azlita Masam Manis

250 gm mentega
175 gm gula kastor
100 ml putih telur
200 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
1/4 sudu teh emplex

Pewarna merah, oren, kuning, hijau dan biru
Loyang khas lidah kucing di gris dengan sedikit mentega

Ayak tepung jagung, tepung gandum dan emplex, ketepikan
Dalam mixer pukul mentega dan gula hingga berkrim
Masukkan putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati
Masukkan tepung dan kaup balik dengan spatula hiungga rata
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian
Letakkan pewarna untuk setiap bahagian
Masukkan dalam piping bag atau bag plastik untuk setiap warna berlainan
Potong hujung muncung bag plastik atau piping bag kecil
Paipkan atas loyang lidanh kucing mengikut corak yang di kehendaki mengikut warna pelangi
Bakar dalam oven pada suhu 150 C selama 15 ~ 20 minit
Jaga jangan sampai keperangan dan hangus kerana warnanya akan pudar dan tidak menyerlah
Biarkan sejuk sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara

2 ulasan:

CAHAYA HIDUPKU (Nur Hayati) berkata...

Rajin sungguh cheq da.. akak satu biskut pun tak buat lagi huhuhu

:: Cik Viva :: berkata...

comel giler biskut pelangi ni..kagum sapa lah yg mula2 cipta biskut tu..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...