Selasa, 22 Julai 2014

Kuih Pai Tee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hidangan pai tee ini merasmikan acuan pai tee yg dibeli beberapa tahun lepas buat kali kedua. Nasib buat separuh adunan...kalu tak jenuh nk perabis. Tq to Che Mat kerana gambar yg cukup menarik menyebabkan cheq da terpanggil untuk membuatnya.



sumber rujukan: Dapur tanpa sempadan(che mat gebu)

BAHAN-BAHAN KULIT PIE TEE :-)
180 gram tepung beras (mat guna cap teratai)
50 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
350 ml air
1 biji telur gred A, dipukul sedikit
Secubit garam
BAHAN-BAHAN INTI :-)
1 cawan parutan sengkuang
1 cawan parutan lobak merah
3/4 cawan isi udang, dicincang halus
1 biji bawang besar, didadu
2 ulas bawang putih, dicincang halus
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
Sos cili untuk dimakan bersama
Hirisan daun sup untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK KULIT PIE TEE :- Satukan tepung beras, tepung jagung dan tepung gandum, gaul rata dan ayak. Masukkan secubit garam dan telur, kacau rata dan tuang air sedikit demi sedikit dan terus kacau hingga mendapat bancuhan yang sebati. Tapis dan ketepikan sebentar.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, kemudian celup acuan pie tee ke dalam minyak panas tadi, biar kurang lebih 30 saat. Angkat acuan tadi dan celop dalam bancuhan tepung, tapi jangan sampai atas, buat macam gambar di atas tu.
  3. Kemudian masukkan ke dalam minyak panas, dan biar hingga kulit pie tee mengeras. Benamkan acuan dalam minyak panas hingga sampai ke dasar kuali, tujuan untuk menjadikan bahagian bawah pie tee rata dan boleh berdiri tegah bila siap nanti.
  4. Tanggalkan kulit pie tee dari acuan, kalau susah, longgarkan dengan garfu atau lidi sate. Goreng hingga perang sedikit, angkat dan toskan atas kitchen paper towel. Buat kaedah sama untuk baki bancuhan tadi, hingga siap. Bila sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
  5. UNTUK INTI :- Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih dan bawang besar hingga harum, masukkan isi udang cincang tadi, kacau rata. Tambah sengkuang dan lobak merah. Kacau hingga rata. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak hingga layu dan sedikit kering. Angkat dan sejukkan.
  6. UNTUK PIE TEE :- Ambil satu mangkuk pie tee tadi, sudukan inti hingga penuh. Letak sedikit hirisan daun sup dan bawang goreng. Tuang sedikit sos cili dan sedia untuk dimakan. Hidangkan segera....

1 ulasan:

Knor berkata...

Mesti ranggup di luar..moist di dlm...kn

rajinnya bt juadah yg super sddpp ni..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...