Khamis, 18 September 2014

Gulai Kuning Rebung dan Udang

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Menu rebung lagi untuk kongsikan bersama. Cheq da ni memang peminat rebung kalau nk tahu. Buat la apa versi pun cheq da mesti mkn. Tp kalau baru bersalin dan anak masih kecik jgn cuba2 makan tau nti angin satu badan. Oklah gulai kuning rebung bersama udang menu resepi raya lepas. Jom kongsikan resepinya.




Gulai kuning rebung dan udang
By: cheq da

Bahan
1. Rebung dihiris nipis
2. Bawang merah 7 ulas
3. Bawang putih 1 ulas
4. Sedikit lengkuas
5. Sedikit kunyit hidup
6. 250ml santan
7. Udang segar mengikut citarasa
8. 1 biji cili api
9. Garam dan gula
10. Sedikit secukup rasa
11. Sedikit cili giling
12. Sedikit air

Cara
1. Rebung direbus sekejap supaya lembut dan toskan
2. Blendkan bahan2 kisar iaitu bawang merah, putih,lengkuas serta cili api dan kunyit dgn sedikit air.
3. Masukkan santan ke dlm periuk dan bahan kisar serta cili giling dan jerang di atas dapur.
4. Masukkan rebung tadi bersama udang. Kacau sehingga menggelegak.
5. Masukkan garam dan gula serta bahan perasa untuk menyedapkan hidangan ini. Biarkan sehingga masak.
6. Angkat dan boleh lah dihidangkan.

P/s: ramuan ini boleh disesuaikan mengikut jumlah hidangan anda. Selamat mencuba.

2 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wah, gulai rebung..sedapnya!!!

Tihara berkata...

orang kata rebung ni tajam kan
itu sebab jadi angin
tapi saya suka sangat
rangup :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...