Khamis, 4 September 2014

Maggi Ketam dan udang menyengat...

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah agak lama nk makan maggi ketam. Kalau di Besut di sebuah kedai yang cukup popular dengan maggi ini harganya cukup lumayan. Kalau nk makan seorg atau berdua..masih ok tapi kalau nk makan berfamily mau beratus2 reganya. Semangguk maggi dengan seekor ketam mencecah rm20 ke atas bergantung kepada saiz ketam.

Balik ke kampung minggu lepas...kakak yang turut sama mengidam nk makan maggi ketam ni telah membeli ketam nipah. Kebetulan minggu sebelumnya telah dengan membuat lawatan ke pulau so harganya boleh tahan la. Sekilo ketam mencecah rm50 dengan bilangan ketamnya hanyalah 5 ekor. Manakala untuk harga udang plak dalam 13 ekor harganya rm40. Tu nasib tauke bagi diskaun.


Oleh kerana nk jimat kami belah la ketam ni..supaya dapat banyak cikit..hihihi



Maggi ketam dan udang
By: cheq da

Bahan untuk 7-8 orang
1. 4 bungkus maggi perisa kari
2. 5 biji telur
3. 5 ekor ketam nipah
4. 13 ekor udang galah saiz besar
5. Bawang putih dan sedikit halia ditumbuk
6. Air mengikut sukatan yg dikehendaki
7. Minyak utk menumis
8. Sedikit sos cili,sos tomato dan kicap
9. Garam..gula secukup rasa
10. Sawi dan lobak merah dipotong

Cara
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang putih dan halia tumis sehingga wangi
3. Masukkan air dan perencah maggi biarkan menggeleggak
4. Masukkan ketam dan udang dan biarkan seketika
5. Angkat ketam dan udang dan asingkan
6. Pecahkan telur sebiji2 ke dlm periuk tadi dan biarkan.
7. Masukkan sawi dan lobak merah
8. Masukkan mee maggi dan biarkan seketika
9. Masukkan udang dan ketam tadi.
10. Angkat dan boleh la dihidangkan

P/s:jgn masak mee terlalu lama dan bila dah kembang jd tidak sedap. Seelokknya dimkn terus.


12 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

Salam cheq da..

Terliurnya pagi2 lagi tengok Maggi ketam dan udang tu..kompom sedap!!!^_^

Knor berkata...

terliur hidangan manggi yg mewah..

:: Cik Viva :: berkata...

Sdpnyaa..udang vs ketam..nyumm

fazianbatrisyia berkata...

sedapnya...telan air liuq kita tgk. aritu tgk kat tv..nanti nak try la. tak pernah lg makan ketam nipah...

Acik Erna berkata...

banyak blog acik masuk cerita meggi ketam ni cheq da..buatkan acik pun teringin nak merasa

Petak Bunga berkata...

tgh in maggi ketam ni..

tp skrg kita boikot maggi lg..huu..
tukar nga mi cintan lah..

kat kelntan pun ramai yg cerita..
rasa nk try juga kalau bolh..
nk buat mcm malas..
jrg plk tu beli ketam..
tp sepah ni makan ketam, bnyk kena buang..x sedp jugk nk mkn sungguh sambil control ayu kat kedai..
huu

cheq da berkata...

Sedap mmg sedap bb tp xlarat nk gigit kulit ketam..hihihi

cheq da berkata...

Akak boleh cuba nti

cheq da berkata...

Udang pulau rasanya manis asli..fresh

cheq da berkata...

Ketam nipah ni isinya byk cikit..ubat penyakit denggi..sbb tu harga melambung2

cheq da berkata...

Boleh cuba nti

cheq da berkata...

Xpyh control ayu..hihihi..yg terbaik setkt ni ada sebuah kedai cengram ruku..dekat tok bali..tp harganya...puas hati la..hihihi

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...