Sabtu, 13 Disember 2014

Kerabu Kaki Ayam

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Nampak gayanya dah berhari-hari tak update blog. Bukan apa, bahan yang dikongsi tak de...
Hari ni kebetulan buat kerabu kaki ayam so teringin la kongsi resepi ini.
Kebetulan stok kaki ayam memang banyak sebab saudara hari-hari bawa blk dari tempat dia kerja iaitu kontrak menyediakan makanan untuk student pondok selama 2 minggu. Jadi bila dah berlambak2 dalam peti tu mula lah duk fikir nk buat apa kan. Asyik duk buat sup jea jemu jugak kan.



Untuk kerabu ni, cheq da buat cara simple jea.

Kerabu Kaki Ayam
By: cheq da

Bahan
1. Kaki ayam dalam 20 ketul
2. 1 labu bawang besar
3. 3 ulas bawang merah
4. Sedikit daun sup dan daun bawang
5. 2 biji buah tomato
6. 5 sudu besar cuka
7. Sedikit garam
8. Sedikit gula
9. 2 sudu besar kicap sotong
10. Perahan dr 2 biji asam limau

Cara
1. Rebuskan kaki ayam sehingga empuk dan perisikan kaki ayam tersebut..buang tulang
2. Campurkan hirisan bawang besar, bawang merah,daun sup serta bawang dan juga buah tomato.
3. Satukan kesemuanya dalam satu bekas
4. Satukan bahan2 lain dalam bekas kecil kecuali asam limau.
5. Setelah kacau sebati cuka,garam,gula dan kicap sotong..masukkan ke dalam bekas kaki ayam tadi dan kacau sebati.
6. Akhirnya, masukkan perahan asam limau kacau lagi. Jika ada kekurangan rasa boleh la tambah sendiri mana2 yg patut yea.
7. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

P/s: kalau nk lagi sedap boleh campurkan dengan cendawan putih yg kering dan rendamkan dlm air dan hancurkan masukkan dalam kerabu. Masa bust kerabu ni, cheq da tak ada stok cendawan putih tu.

7 ulasan:

  1. akk x pernah buat nie chq da..biasa kaki ayam mmg buat sup jew lah..adoii kecurr plak akk tgok..klu mkn dgn nasi mmg brtmbah2 nie kan.

    BalasPadam
  2. alahai sedapnyer... tp dana tak penah try bt kerabu lg... lg pun tak rajin nk asing2kan n buang tulangnyer hehehhe

    BalasPadam
  3. sedap ni che da...lama dah tak makan. teliur pulak!

    BalasPadam
  4. kalau dah buang tulang tu saya boleh makan sepinggan penuh sorang jer... hahaha

    BalasPadam
  5. huhuu..terliur sudah..dh lama xbt xmkn.. slalu kaki ayam bt sup merah pedas2 sedappp ^_^

    BalasPadam
  6. alamak cheq da..baru tengok gambar pon wana dah terliur ni..alahai sedapnya..wana ni peminat kaki ayam..tapi x pandai masak sendiri..tengok resepi cheq da macam senang ja..insyaallah nak try gak nanti..tq darlink ;)

    BalasPadam
  7. salam cheq da..jemput ke blog wana ya..ada entri untuk awak :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...