Sabtu, 31 Mei 2014

Apam INO

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Sebenarnya dah lama cheq da nk bikin apam ino ini. Resepinya diterima daripada sepupu cheq da iaitu nini yg berniaga kuih ni. Yealah selalu duk buat apam nasi jea kan..ubah la cikit utk rasanya.


Untuk menyediakan apam ni, ianya amat berbeza sebab menggunakan tapai pulut. Jenuh jgk nk cari tapai pulut ini. Bila blk ke kg..seminggu sebelum cuti sekolah,cheq da ke pasar teman dan mendapati ada tapai pulut ni..beli la 3 hengget sbb dah lama teringin nk buat benda alah ini.



Bahannya amat mudah tp perlu diperap sekurang2nya 12 jam untuk hasil yg memuaskan. Ok lah jom intai resepi.


Apam ino
Resepi by nini

Bahan

Setengah cawan tapai
Setgh cawan gula
Secawan air
2 cawan tepung beras
1 pek ino yg berperisa original

Caranya
Campurkan kesemua bahan dan
Blenderkan kesemua bahan ini sehingga hancur
Perapkan selama 12 jam
Panaskan kukusan
Sementara panas..cmpurkan dgn ino dan kacau sebati
Kelihatan adunan akan mengembang.
Masukkan dlm bekas kukusan dan kukus sehingga masak.
Boleh dicampur warna yg berbeza2.
Bila dah masak...angkat dan boleh dihidangkan dgn kelapa parut.



Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...