Selasa, 20 Mei 2014

Lauk nasi dagang..step by step

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tentu ramai yang gemar nasi dagang kan?
Nasi dagang biasanya popular di Kelantan dan Terengganu. Tp sekarang mana2 pun ada nasi dagang. Cheq da sebenarnya kurang gemar dengan nasi dagang. Suami dan anak-anak pun sama jadi kebarangkalian nk mempelajarinya dengan bersungguh tu kurang la cikit. Blk ke kampung minggu lepas, ma cheq da buatkan nasi dagang untuk sarapan pagi. Cara membuat nasi tak sempat nk tunjuk satu persatu sebab cheq da duk sibuk buat kerja lain. Lauk ayam gulai versi ibu cheq da akan cheq da tunjukkan satu persatu..tp bab bahan tu tak berapa tahu sebab ibu cheq da dah siapkan semua. Anggaran jea la yea bagi sesiapa nk mencubanya.


Kita mulakan langkah pertama...panaskan minyak dm periuk,masukkan bawang merah, halia,bwg putih yang telah pun dimayang dan juga lada kering yang telah diblender. Tumis bahan tersebut sehingga garing.


Langkah yang kedua pula...masukkan rempah kari daging yg telah pun dicampur dengan sedikit rempah kerutuk untuk membangkitkan rasa. Kacau sehingga pecah minyak.



Langkah seterusnya...masukkan sedikit air asam jawa dan kacau. Hendaklah dipastikan rempah betul2 masak..teruskan mengacau.


Masukkan pula sedikit gula melaka serta garam dan gula. Kacau lagi dan lagi. Bila dah kacau gni la agak2 rupanya bila dah pecah minyak.


Masukkan ayam dalam kandungan rempah tadi dan ratakan supaya rempah tadi benar2 masuk dalam isi ayam. So jadilah cam gambar kat bawah ini. Gaul agak2 mesra gitu.



Kemudian masukkan santan yang diperah. Ibu cheq da blender jea santan dengan air supaya tak lenguh nk memerah kelapa ini. Santan inj bergantung kalu nk pekat..masukkan santan pekat dan kalau nk cair pula cairkan lah santan tersebut.
Dalam gambar pun dapat tgk ayam duk berenang dalam santan tersebut.







Kalau tgk gsmbar yang 2 atas ini..ni dah hampir masak. Ibu cheq da masukkan sekali lada besar hijau. Dia juga selalu campurkan kuah kari ini dengan telur yang direbus dan juga ikan yang telah direbus dalam kuah ini. Ini adalah kerana budjet..buat sekali untuk semua sebab nanti ada yang nak mkn ikan dan telur.



Oklah ini adalah hidangan lengkap nasi dagang . Ada nasinya, lauk, acar, telur dan sambal kelapa. Nampak tak sedikit cheq da santap nasi ini..maklumlah kurang berehi kata ore klate.
Kepada semua yg ingin mencuba..selamat mencuba.
Tak semestinya mkn dengan nasi dagang...nasi putih pun boleh.

2 ulasan:

  1. perkhhh arini puas tgk kwn2 post mcm2 masakan kt blog... kalu dana prefer ikan aye... tp ayam pun bedal jgk...aritu dh belajar bt nasi dagang ngn mil tp sampai skrg tak sempat pun nk msk sendiri heheheh

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...