Khamis, 1 Januari 2015

Jus Avocado Bercoklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pembukaan lembaran 2015..gambar ni plak diambil pada 2014 cuma tak sempat nk publish sbb line internet yg amat terhad. Buah avocado ini diberikan oleh Kak Ha sebab di belakang rumahnya berbuah lebat. Tp Cheq da minta dlm 2 biji jea. Satu biji dibuat jus dan satu lagi diambil isi dan diletakkan susu pekat. Sedap lah plak rasanya.



Jus ini Cheq da masukkan sekali coklat ganache..dan letakkan di dalam peti sekejap. Tak sangka rasanya sangat sedap...yummy  betul..
Cheq da guna coklat ganche sbb dah ada lebihan masa buat kek..



Satu biji avocado ini dpt lah dlm 2 gelas ini.


Resepinya Cheq da main letak jea...

Jus Avocado Bercoklat
by: cheq da

Bahan
1. Sebiji buah avocado..di buang biji dan diambil isinya.
2. Satu gelas susu uht.
3. Sedikit gula.
4. Sedikit coklat ganache..tak de boleh masukkan coklat masakan.

Cara
1. Blendkan kesemua bahan kecuali coklat ganache.
2. Masukkan coklat ganache dan sejukkan di dlm peti ais.
3. Sedia utk dihidangkan.

8 ulasan:

Bbwana adienia berkata...

wana suka minum jus avokado + susu pekat..fuh, rasanya memang sedap..lemak2 berkrim gitu..heheh.. :)

fazianbatrisyia berkata...

Best kan kalau ada pokok sendiri. boleh buat 1 jug besar tuan tanah...

Sanisah eeiyss berkata...

uiiii~

nampak sedappp sangat...

hohho~

bila tah nak boleh try (^____^)

Kayu Manis berkata...

nmpk sdpppp

cheq da berkata...

Memang sedap bb..

cheq da berkata...

Memang la..tapi xtau la tuan tanah tu buat ker tak.
hihihi

cheq da berkata...

Boleh try tentu tak menyesal

cheq da berkata...

Mmg sedap bg tekak cheq da kak nor

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...