Isnin, 5 Januari 2015

Kek Pisang Gebu

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kadang-kala untuk menghabiskan stok, macam2 resepi kena fikir apa yang nk dibuat. Kali ni, sesi nk menghabiskan kuaci yang lebihan semasa buat almond cripsy. Fikir punya fikir...terus beli pisang dan buat kek pisang ala cupcakes. Boleh juga bawa di sekolah untuk makan-makan. Pisang plak beli di pasar iaitu pisang emas dibawa belayar..hihihi.
kuaci tu cheq da gaulkan ke dalam adunan tadi dan taburkan sedikit di atas cupcakes tadi.
Untuk resepi kek pisang gebu ini..resepinya Cheq Da copy dari blog Jintan Manis. Terima kasih sebab sudi berkongsi.





Kek Pisang Gebu
dr blog Jintan Manis

2 cwn tepung gandum
1 s/k baking powder
1 s/k soda bikarbonat 
1 cawan gula
3 biji pisang yang telak dilenyek
1/2 cawan minyak masak
1 sudu kecil esen vanila
2 biji telur

caranya

1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder, gliss acuan kek dan panaskan oven 180darjah.

2. Kemudian, putar telur dan gula hingga kembang, masukkan esen vanila dan pisang, putar lagi dan kemudian masukkan tepung.

3.Akhir sekali baru masukkan minyak masak dan kacau sebati, selepas itu masukkan dalam acuan kek dan  bakar pada suhu 180 darjah selama 40 minit atau satu jam. 

4. Setelah siap dibakar, keluarkan dari acuan dan sejukkan atas redai, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

11 ulasan:

  1. wahs edap ni cheqda kek pisang comey lotey ada kuaci lagi kat atas tu memang fav akak kalau berkcang haha sayang nya jauh sangat lah

    BalasPadam
  2. memang nampak gebu kek cawan cheq da tu..memang sesuai bawa ke sekolah.. ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Makan2 dgn kekawang bb...kalu seorg confirm tak habis

      Padam
  3. suka sgt kek pisang..sedapnyaa ^_^

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. Sedap kan..suka jgk rujuk ros jintan manis kalau buat bun

      Padam
  5. kek pisang memang best... cekodok pisang pun best... apa apa lah pasal pisang semua best... tambah lagi wat cubcake... memang best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepat pisang pun sedap..moden atau tradisi semua sedap

      Padam
  6. bolehlh knor cuba nti.. kadang bhn semua ada, pisang plk tak ada, tu yg terbantut jer..

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...