Ahad, 4 Januari 2015

Gulai Lemak Sayur Nangka

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Cheq da kalau ke pasar,kalau jumpa nangka muda suka sangat beli. Kadang-kadang sampai simpan jea dalam peti kalau tak sempat nk masak. Nangka muda ini,Cheq da suka masak lemak kuning. Andai malas..rebus jea dan makan dengan sambal belacan. Nak makan dengan budu...almaklumlah suami kurang minat dan tak best bila makan seorang2. Suami Cheq Da sebenarnya tak berapa suka makan sebab berangin katanya. Dia memang pantang bab2 dalam sayur-sayuran yang berangin ini. Tapi Cheq da belasah jea..semua makan.



Hari ini, Cheq da kongsikan resepi gulai nangka ini. Biasalah kita buat ala2 kita jea..just campak2 pe2 yang patut...hihihi
Resepinya ini adalah Cheq da anggaran untuk 5 orang makan saja..sekiranya banyak boleh lebihkan bahan2nya.


GULAI LEMAK SAYUR NANGKA
By: Cheq Da

Bahan-bahan
1. Sayur nangka muda
2. 6-7 ulas bawang merah
3. 2 ulas bawang putih dan 2 inci lengkuas
4. Sedikit kunyit hidup
5. Santan ( ikut keperluan untuk kuahnya )
6. Sedikit lada kering
7. Sedikit rempah ketumbar , jintan putih dan manis yg ditumbuk halus
8. Garam dan gula
9. 2 biji cili hijau

Cara2nya
1. Rebus sayur nangka sehingga empuk dan toskan.
2. Blendkan bawang merah,putih,lengkuas dan kunyit dengan air.
3. Sediakan periuk...masukkan santan, lada kering dan juga bahan2 yang diblender tadi.
4. Masukkan bahan tumbuk iaitu jintan manis dan putih serta ketumbar.
5. Biarlah mendidih sekejap di atas api.
6. Masukkan sayur nangka dan cili hijau dan masak sehingga masak.
7. Masukkan garam dan gula.
8. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba

6 ulasan:

  1. sedapnya gulai nangka ni cheq da...terliur..meh semangkuk

    BalasPadam
  2. sama je kt cheq da..yana pun blasah gak klu dh ada dpn mata hihii.. yana ok lg dgn nangka..kena gak angin skit2 tp kalau mkn kekacang mmg angin tahap monsun la kot.. seminggu la badan xselesa.. yg plg power kacang panjang..mmg xleh mkn langsung

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cheq da setkt ni ok lg yana...suami la jenis pantang

      Padam
  3. ni feberet wana sangat2 ni cheq da..wana bleh makan nasi dengan gulai lemak nangka ni ja..siap boleh tambah nasik lagi tu..hehe..tambah cili padi lagi untuk rasa yang lemak2 pedas..perghh..leleh air liur ni..hee..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bb cara mkn tu byk tp bdn xnaik2..hihihi..untung la..kalu cheq da bertmbh2 mksdnya mendadak la grafnya..hihihi

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...