Rabu, 24 April 2013

Kek Birthday Hadirah...

Assalamualaikum dan salam bertemu kembali..Nampaknya memang dah lama sesangat cheq da tak update kanm blog ni. Almaklumlah kerja banyak. Tambahan pula cuti minggu lepas plak,cheq da sekeluarga plak pergi makan angin ke kuala Lumpur dan ke Nilai 3 untuk mencari barang2 perkahwinan adik Cheq da yang bakal diadakan selepas raya nanti. Sebenarnya memang lama lagi tapi masa tak de kerja ni boleh la ke sana dulu kan tgk2 apa yang perlu dibuat dan dibeli.


Sebenarnya n3 untuk malam ni adalah berkaitan dengan kek birthday yang diorder oleh kak noli sempena dengan hari lahir anak perempuan bongsunya iaitu Hadirah 4 tahun. Sambutan yang dibuat adalah agak besar-besar jugak la juga coz kak noli menempah 4 biji kek yang mana setiap satunya seberat hampir 3 kg.


Untuk keempat-empat biji kek ni,request juga dari kak noli supaya cheq da buatkan design yang sama dan kek plak dalam 4 perisa yang berbeza2. Kek yang dibuat adalah kek span strawberi dengan filling strawberi,kek span oren dengan filling oren,kek span coklat dengan filling blueberry dan kek span pandan dengan filling buah peach. Design plak katanya nak yang kartun2 coz kek pun untuk kanak-kanak. Idea kek ni pun banyak kali cheq da google dalam blog kekawang untuk dapatkan idea. Akhirnya ni jea yang mampu dihasilkan.

Masa nak delivery kek ni ke kak noli,cheq da kebetulan nak balik ke kampung,dia plak jamuan kat kantin sekolah,jadi senang la sehala sahaja. Harap dia gembira la yea dan terima kasih kerana masih lagi sudi dan tak jemu2 menempah dengan cheq da...tq

2 ulasan:

Cheq Sue berkata...

Phewwwww...

Bbwana adienia berkata...

deko yang simple tapi cantik dan kemas..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...