Sabtu, 13 April 2013

Variasi tempahan kek span...

Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua. Hai nampaknya,pepagi benar cheq da postkan n3 hari ni. Bukan apa sejak 2 tiga hari ni tak menyempat-nyempat nak masukkan n3 yang baru.Order plak setiap minggu ada saja yang menempah. Kadang kala terpaksa menolak kerana kelewatan memberitahu,maklumlah cheq da bukannya buat bisnes 100%,ada juga tuntutan kerja yang mesti didahulukan.

Oklah n3 hari ni pasal order lagi la yea..banyak sangat gambar yang belum dipostkan,bila dah habis bolehlah masukkan n3 masakan plak...Kita pilih yang mana patut dulu la kan. Untuk kali ni cheq da postkan dulu kek-kek span yang telah diminta oleh customer. Adalah 2,3 yang mereka nak dan ada yang call last minute pun ada tapi kalu free boleh la dibuatnya.




 Ok yea untuk dua kek yang di atas ni diorder oleh cikgu sk menson dan juga cikgu anuar dari sekolah cheq da. 2 pun cheq da terima order tiba2 dari cikgu isteri anuar yang mahukan cheq da buatkan 1 kek birthday untuk anakanya yang kebetulan anaknya ni sama 1 tempat pengasuh dengan anak cheq da. jadi kek ni untuk dibawa ke tempat pengasuh la untuk di makan-makan.

Kek dengan ros tanpa tulisan ni plak diorder oleh cikgu nora dari sk menson. Dia minta buatkan kek untuk makan2 jea katanya,tak payah tulis apa2 tapi tengok kek ni macam janggal jea tak dok tulisan kan.

Kedua2 kek ni adalah kek span coklat dengan filling blueberry dan fresh cream.



Seterusnya kek yang ni plak adalah kek pak we dan mak we. Pak wenya plak abang kepada student cheq da yang tiba2 datang katanya boleh tak nak order kek cikgu?. Abang saya nak tempah dan terus jea nak bagi duit. Cheq da plak tak akan terima bayaran kalu kek belum dihantar. Untuk kek ni dia minta buatkan kek span pandan dan cheq da layerkan dengan peach filling dan toppingkan dengan rasa2 manggo filling. Mungkin dah lahir bulan April,nama pun ada April. Apa pun terima kasih kerana order.


 
Untuk kek ni juga agak tiba2 juga bagi cheq da kerana tiba2 GPK koko sekolah mengordernya masa cheq da tengah makan kat kantin. Mulanya datang nak tanya,ingatkan nak tanya apa,rupa-rupanya nak order kek untuk birthday anaknya keesokkanya. Katanya tak nak besar2,nak 3/4 kilo jea katanya. Jadi sedang elok la kerana kek ni +- ngam2 700 gm. kek span coklat ni plak sama menggunakkan filling blueberry . Delivery pun dekat dengan rumah jea,maklumlah kami tinggal berjiran. Dia sendiri yang pick up dari rumah cheq da sebab nak buat surprise untuk anaknya, yang pagi2 katanya dah berlinang air mata katanya hari ni hari jadinya. Harap leen ni seronok la yea.

Oklah 2 saja madah untuk kali ni. Order ni diterima sepanjang minggu lepas. Terima kasih kepada semua yang order dan jangan segan silu order lagi.

1 ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...