Jumaat, 5 April 2013

Kek coklat moist..tempahan demi tempahan dan cerita kami

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
.Nampak gayanya barula hari ni Cheq da berpeluang mengupdatekan blog ni setelah lama menyepi. Ni pun atas ehsan kawan suami yang meminjamkan sementara netbook nya kepada suami. Alkisah cerita bermula apabila laptop kesayangan cheq da telah rosak kerana dek perbuatan Nur Batrisyia  yang telah mencurahkan air sabun belon mainan nya ke laptop kami. Last2 bila tgk laptop dah ko. Terasa sedih la jugak kerana banyak fail2 yang tiada dalam pendrive dan yang tidak dicopy telah hangcus. Tapi nak buat camana kan,bdk nak marah lebih2 kan tidak tahu apa juga kan.
 
 Semasa dia curahkan air tersebut laptop terbuka dan dia duk syok tgk upin dan ipin dalam youtube. Cheq da plak sibuk melipat baju2 yang nak dibawa balik ke kampung. Balik jea dari sembahyang jumaat,suami la yang perasan dan tegur air apa yang penuh di atas meja tempat laptop. Tak sempat 2 minit dia bagitau,laptop dah gelap dan tidak berfungsi lagi.
 
Balik je kampung, dengan baiknya kami cuba menjemur laptop tersebut, tapi bila onkan semula dah memang tidak boleh digunakan lagi. Gambar2 cheq da pun banyak yang tidak dicopykan dalam pendrive dan dah selamat jadi arwah pun. Nampak gayanya kita korek la duit simpanan untuk beli laptop yang baru. Tak ada benda alah ni agak susah la cikit kerana banyak kerja sekarang menggunakan online. Nak tak nak kena beli la jgk. 
 
Oklah sekarang habis cerita pasal benda alah ni. Sekarang nak uploadkan gambar kek coklat moist yang ditempah sepanjang minggu sebelum cuti dan minggu ni. Alhamdulillah, nampak gayanya rezeki cheq da masih ada kerana saban hari ada sahaja yang menenpah sehingga terpaksa stop yang mana bagitau lewat. Takut tak dan nak membuatnya sebab si Haziq pun banyak meragam sekarang ni. Apa pun syukur kepada ilahi dan terima kasih buat teman2 yang sudi merasa air tangan cheq da . Kita show la yea gambar2nya yea.
 
                          kek yang diorder oleh pembantu pra sekolah SK  Menson untuk makan-makan

             yang ni plak kek yang ditempah oleh cikgu helmi untuk di bawa balik ganu katanya..makan2        
                                                                           bersama keluarga



              2 biji kek ni plak ditempah oleh kerani sk menson sempena anniversary dan birthdaynya
tempahan ni plak diorder oleh wan azlina untuk birthday suaminya
 
K la dah tengok2 gambar2nya kan. Ini adalah hasil tangan cheq da yang tidak seberapa..terima kasih terima kasih dan terima kasih kepada semua.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...