Khamis, 18 April 2013

Kek lapis Asam manis...

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Masih lagi berada di sekolah kerana ada aktiviti sukan dan permainan pada hari ni. hari ni plak turn cheq da datang untuk perjumpaan bola jaring. Jadi sementara masih ada masa,cheq da upload kan gambar kek lapis masam manis yang dah lama cheq da buat untuk makan2 dan menerima tempahan daripada kak noli. 




Rasa kek ni memang sedap dan banyak kali cheq da buat. Menerima tempahan pun cheq da gunakan resepi ni. Mintak halal yea kak fida.

  ♥Kek Kukus Velvet Hawflakes

oleh: Kak fida(my resepi)

 Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

  • 5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
  • 225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
  • 220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
  • 1 sk rata baking powder*
  • 1 sb ovalette
  • 150 ml susu cair
  • 1/2 sk garam
  • 100 ml minyak jagung/masak
  • 1 sk esen vanilla
  • pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka
  • secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen)

Cara-cara

  1. Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.
  2. Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.
  3. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
  4. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.
  5. ***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...
  6. Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.
  7. Inilah hawflakes yang sebesar syiling 50 sen...
  8. Untuk membuat kek lapis perisa choc dan choc chip...adunan dibahagi dua dan bubuh 2 sb serbuk koko yang dicampur air atau 2 sk choc paste pada 1 bahagian adunan.Tabur choc chip pd lapisan putih ketika mengukus.
  9. kek lapis choc kukus...

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

sedapnyer kek masam manis nih, nk bt sndiri mmg takde lah hehehhe

cheq da berkata...

@norhidana miswan
senang jea nk membuatnya..cubalah pasti tak menyesal

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...