Rabu, 8 Januari 2014

Cheesecake Meleleh leleh...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Cheesecake meleleh yg meleleh leleh...sedap tau..kalu tak percaya boleh cuba. Masa tgk Rahel buat kek ni terus terliur nk merasanya. Buat kek ni masa nk blk ke kampung utk gap exam. Buat plk 2 biji untuk rumah mentua dan ke rumah ibu Cheq da. Pe2 terima kasih kepada penyumbang resepi..
Memang meleleh la...




Cheese Cake Meleleh
Kek:
100g tepung hongkong (kalau takde boleh guna tepung gandum)*
60g tepung jagung*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu besar ovalette
100g gula kastor
4 biji telur
2 biji kuning telur
50ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75g mentega cair
Cara:
Ayakkan dahulu bahan yang bertanda*
Mixkan semua bahan di atas kecuali mentega cair.Pukul sampai gebu baru masukkan
mentega cair.Sebatikan.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
Untuk Cream:
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
*Mix semua bahan dia tas hingga sebati,adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
1 buku (250g) cheddar cheese,diparut
Cara penyediaan:
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keeping,tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama.Lapiskan dengan kek,tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek.

2 ulasan:

norhidana miswan berkata...

meleleh air liur nengok chese meleleh2 tuh

Tanpa Nama berkata...

hmm sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...