Selasa, 14 Januari 2014

Florentine cookies a.k.a almond cookies

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Salam Maulidur Rasul buat semua pengunjung blog MKSnya. Oleh sebab cuti boleh lah update blog ni. Almond cookies ni memang sedap la tambah2 bila dah mkn 2 susah rasa nk berhenti. Tgk dalam blog masa hari raya tahun lepas,ramai yg mencuba membuat sendiri. Mana taknya cookies dijual dengan harga yg sangat mahal. 50 pcs ni regonya dalam rm23. Bila Cheq da ke kedai bakery tahun lepas..saja2 la beli tepung florentine dan juga bahan nk membakingnya. Maka bila dah ada gap jaga exam spm boleh membuat. Bila dah buat plak..byk plak dapatnya..memang untung la kalu buat sendiri. Untuk penggemar biskut kekacang ni boleh lah mencubanya. Walaupun budjet mahal tp puas hati la dengan dapatannya.





FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
Rujukan : Kak Patmah Aspar

200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna

Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...