Sabtu, 4 Januari 2014

KEK LUMUT

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Kek lumut..satu fenomena kek kukus yang didatangkan khas dari Sarawak. Dulu masa duk tengok rakan2 blogger tayang kek ni,terdetik juga di hati nak mencubanya. Yang paling syok 2 kena kukus sampai 3-4 jam. Hai nampaknya kalu nak buat kek ni kena pastikan lah tong gas berada dalam keadaan mencukupi..hehe


Masa jaga exam SPM tahun lepas,banyak juga gap hari yang tiada peperiksaan so bila dah terperak kat rumah 2 mula godek2 resepi untuk dibuat. Terlintas pula nak buat kek lumut ni. Tgk resepi cam senang jea sebab yang perlu ditambah cuba stok hoklicks dan kaya jea. Sehari sebelum nak membuat dah suruh suami dapatkan siap2 barangan ini. Alhamdulillah akhirya kek dapat juga dirasa kenikmatannya.  Bila dah buat makan sikit dan beri kan plak ke jiran. maklumlah suami kureng cikit dengan kek-kek. Tak berapa minat tapi tetap akan merasa kek tersebut. Apa lagi air tangan isterikan kalu tak dirasa..tak berasap la dapur 2 nanti..hehe.. 


Untuk resepi ni cheq da banyak refer kat blog izahdaut..minta copy resepi yea..


KEK LUMUT
sumber: kak yatie dan izah daut
resepi: kak dayang dj


Bahan-bahan ( loyang 7 " x 7 ")
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (dyg guna 1 sb pandan paste Cap Kopoe-Kopoe)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla


Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2 jam 30 minit. (tambah air panas jika hampir kering)

1 ulasan:

zana fahmi berkata...

Salam Cheq Da...kukus sampai 3 jam? aduhai, mmg tak boleh kemana2 la kalau buat kek ni ye? hehe..nmpk gaya merasa tengok kat blog cheq da je jawabnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...