Ahad, 16 Ogos 2015

Air Asam Cendawan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pernah dengar tak air asam candawan?. Resepi ini Cheq Da cuba pada bulan puasa yang lepas. Itu pun member yang bagitau. Yea la kadang kala kita pun buntu nk olah resepi ini camana kan.


Air asam ini boleh kita boleh macam air asam yang biasa..cuma kita tambahkan cendawan. Rasanya memang boleh tahan sedap. Kepada rakan-rakan blogger yang ingin mencubanya boleh dicuba.



Air Asam Cendawan
By: Cheq Da

Bahan
1. Cendawan dalam 100g
2. 1 biji buah tomato
3. 5 hingga 6 biji cili padi merah dan hijau
4. 5 ulas bawang merah
5. 2 ulas bawang putih
6. Air asam jawa
7. Garam dan gula
8. Sedikit cuka

Cara
1. Cendawan diracik halus dan direbus sampai masak dan ditoskan.
2. Mayang bawang dan hiris semua bawang dan tomato...satukan dalam satu mangkuk.
3. Satukan bahan2 cecair dan bila rasanya dah ok boleh disatukan dalam mangkuk yang lain dan digaul sebati.
4. Sedia untuk dihidangkan.

P/s: Cheq Da buat ikut kesesuaian Cheq Da..kalu nk boleh lebih..pandai2 la olahnya sendiri yea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...