Ahad, 30 Ogos 2015

Air Asam Perut Lembu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Ini sebenarnya n3 tertunggak. Menu bln puasa yang lepas. Masa bulan puasa beli perut 1 kg ni dapat makan dua kali. Dua kali ini jgk buat resepi ini sebab suami suka sangat makan perut air asam ni.



Resepi simple mimple jea kalu Cheq Da just campak2 jea. Tapi mesti lebihkan kuah sebab suami suka makan yang berkuah.

Air Asam Perut Lembu
By : Cheq Da

Bahan
1. Setengah kilo perut
2. 1 labu bawang besar
3. 5 biji cili padi
4. Sedikit cuka
5. Sedikit garam dan gula
6. Air secukupnya

Cara
1. Rebuskan perut sehingga empuk..nk cepat boleh presure cooker
2. Setelah empuk...hiris perut nipis sedang2..suka2 hati yea
3. Hiris cili padi dan bawang besar
4. Satukan semua bahan2 ini dalam satu bekas
5. Masukkan air rebusan tadi setakat mana yang diinginkan.
6. Masukkan cuka, garam serta gula..rasa sehingga kena dengan tekak anda.
7. Sedia untuk dihidangkan.

P/s: air rebusan selepas bercampur dgn cuka akan menjadi sedikit keruh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...