Khamis, 20 Ogos 2015

Sup Tulang Menyengat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Sebenarnya ini adalah resepi bulan puasa lepas. Minggu ke2 blk ke kampung semasa bulan puasa terus ma di kampung belikan tulang,daging dan perut lembu kampung. Bukan apa kalau di Cameron...nk dapatkan benda alah ini susah sikit kalau tak keluar pasar malam. Cheq da sememangnya selalu buat stok untuk lauk pauk supaya mudah bila nk memasaknya.


Resepi kali ini pun masih resepi campak2 sendiri. Guna periuk tekanan bolehlah cepat empuk cikit tulang. Periuk noxxa waktu ini belum lagi dapat. Periuk tekanan biasa tu..cheq da beli di Lazada.com 2 tahun lepas.



Oklah Cheq Da sharekan resepi yg simple mimple dari Cheq Da yea. Sup tulang rakan2 blogger yg lain lg meletup.

Sup Tulang Menyengat
By: Cheq Da

BAHAN
1. Tulang 1 kg
2. Bawang putih 5 ulas
3. Bawang Merah 4 ulas
3. 2 inci halia
4. 1 batang serai
5. Air secukupnya
6. 4 sekawan
7. Sedikit jintan manis dan jintan putih 
8. 1 sudu besar rempah kurma
9. Minyak untuk menumis
10. Daun sup dan bawang
11. Bawang goreng
12. Garam dan gula
13. Sebiji asam limau

CARA
1. Tulang direbus terlebih dahulu dan airnya dibuang.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih,merah dan halia yg dimayang.
3. Masukkan 4 sekawan dan tumis sehingga wangi.
5. Masukkan rempah kurma dan kacau sehingga naik minyak
6. Masukkan air dan tulang
7. Tutup periuk dan rebus sehingga empuk
8. Selepas masak masukkan garam dan gula
9. Pastikan secukup rasa
10. Siap taburkan dengan daun sup,bawang goreng dan asam limau

Selamat mencuba...

4 ulasan:

  1. waduhhhh geram btul nengok akak nyer sup tulang... nk mkn sup tulang skrg nih tekak tak sihat lak... tunggu sihat tekak apa lg mengesup tulang lah kite

    BalasPadam
  2. Memang sedap dup tulang ni...nak pulak kalu ada sambal kicap lagi urmp..
    Tapi kenapa air rebusan pertamanyer dibuang yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ini stail sy bunda...sy xnk sup berbau sangat dan buangkan lemak2 yg ada..sbb tu sy buang dulu rebysan pertama. Kalau xnk pun ok jea

      Padam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...